Tuesday, 27 December 2011

takpe-takpe! hari ni hari kau, esok,hari aku! 4

Aku turun tangga, nak jumpa ngan si Haridz ni. Tadi masa solat Isyak, aku terdengar bunyi kereta dia masuk rumah. First time, dia balik rumah tak masuk bilik terus. Eii, pelik aku. Dahlah perangai stay je. Asyik cold je. Sedar tak sedar, dah genap 2 minggu, aku jadi isteri dia. Tapi sekali pun dia tak pernah sentuh aku. Waktu tido pulak, dia membelakangi aku.

Aku nampak dia tengah duduk termenung jauh dekat sofa yang untuk 2 orang punya kat main hall. Aku terus masuk dapur dan buatkan air untuk dia. Untung-untung,dapat pahala. So, aku pun buatkan air teh o  untuk dia. Dah siap aku angkat dan menapak ke arah dia. ‘Dari tadi aku tengok, asyik termenung je. Tak pernah pulak aku tengok, dia berperangai macam ni.’

“abang… ni air kegemaran abang. Mai dah buatkan ”, ujarku menyedarkan diri dia dari lamunan yang entah panjang mana.

Dia pandang aku sekilas, then tunduk balik, termenung. Muka dia pulak memang takleh nak cakaplah, serabai gila. ‘kesian pulak, aku tengok dia ni.’

“abang… kenapa ni?”, tanyaku lembut sambil mengusap lembut belakang kepala dia. Aku nampak masa aku usap kepala dia, dia pejam mata kejap. Bila dia bukak balik mata, ada setitis air mata tumpah dari tubir mata dia. Tapi sebaik dia bersabung pandang dengan aku. Terus dia palingkan muka ke arah lain pastu dia tongkat dahi dia menggunakan tangan kanan yang diletakkan atas peha and lap air mata dia tadi.

Aku pulak yang baru first time, seumur hidup tengok seorang lelaki menangis secara live, terkaku kejap. Pelikkan? Aku tak pernah tengok seorang lelaki dewasa menangis? Tapi betul Selama 26 tahun aku hidup ni, memang aku tak pernah nampak lelaki nangis,not even from daddy.

Bila terdengar ada orang terbatuk kecil, baru aku tersedar dari tempat yang aku terkaku tadi. Dia masih duduk dalam posisi tadi. Aku pun jalan menghampiri dia dan terus duduk sebelah dia.

“its okay, bila sekali- sekala kita menangis. sekurang-kurangnya masa kita menangis, sedikit sebanyak beban kita akan berkurang. Dah lumrah manusia, bila kita sedih, kita akan menangis. Memang benar istilah yang mengatakan seorang lelaki tak boleh menagis, kerana nanti akan dipandang lembik. Tapi kenalah sesuai dengan masa dan tempatnya. Bukan setiap masa.
Kadang-kadang kita perlu bercerita untuk mengurangkan beban selain daripada menangis”, kataku sambil mengusap rambut dia. aku tersenyum kejap sebelum menyambung,

“ takpelah kalau abang nak cerita, ceritalah, Mai akan jadi pendengar yang setia. Kalau Mai boleh bantu, Mai bantu. Tapi kalau abang nak nangis, nangislah puas-puas. Mai akan jadi tempat sandaran abang untuk meluahkan rasa yang setia. Tetapi jikalau abang nak bersindiri, it’s fine with me”. Aku pun bangkit dan baru selangkah aku berjalan, tangan aku dah ditarik untuk aku duduk kembali.

Aku pandang muka dia yang dah ada linangan air mata. Dia tarik aku dalam pelukan dan terus menyembamkan muka di dadaku. Tak lama selepas tu aku dengar ada esakan kecil. Syahdu aku rasa, bila seorang suami menangis di hadapanku. Aku tersenyum kecil sebelum membalas pelukan dia.

Tangan aku automatic terus usap kepala dia dan sekali-sekala aku akan cium kepala dia. Dalam setengah jam macam tu. Dia berhenti menangis dan terus angkat kepala dia. Aku pun lapkan muka dia yang dah comot tu dengan penuh kasih-sayang sambil aku tersenyum. Aku rasa macam lap tomato, yelah mata, hidung, pipi semua merah. Dah siap lap, aku cium dahi dia sekejap. Aku rasa sejuk je dada aku, yelah mana tak sejuk kalau dah lencun.

“ abang… boleh Mai tau kenapa abang nangis?”, tanyaku lembut. Sambil terus membelai rambut dia.

Dia pandang aku sekejap sebelum merebahkan diri atas pangkuan aku. Emm… dah ada perubahan. Bagus. Bila dia dah baring, lama dia pandang aku. Renungan dia tak payah cakaplah, macam nak telan aku je. Seram kejap aku rasa.

“boleh tak kalau abang tak cerita? Abang belum cukup kuat lagi. Lagipun abang rasa letih”, katanya sebelum melelapkan mata. Aku senyum jelah sebelum cium dahi dia sambil membelai rambut dia. tak lama lepas tu dua-dua terlelap.
***************

Dalam pukul 2.30 pagi macam tu aku tersedar. Aku pandang kat peha aku, sebab aku rasa berat dan kebas. Aku tengok Haridz masih lagi lena. Cutenya dia masa tidur. Nampak polosje. Tanpa sedar tangan aku mula mengusap pipi dia. tiba-tiba tangan aku kena pukul. Tersentak  aku dibuatnya.

“dia ni tido ke tidak?”, gumamku perlahan. Aku usap lagi pipi dia. lagi sekali tangan aku kena pukul. Kalau perlahan tak pe jugak, ni dia pukul kuat-kuat. Boleh berbirat tangan dibuatnya.

‘isy… lipas manalah yang mengacau ketenteraman aku? Ntah macam mana ntah dia boleh panjat atas muka aku. Dibuatnya kencing, padah jadinya. Tapi kenapa masa aku pukul tadi aku rasa lipas tu besar sangat ah? Pastu lipas tu lembut sikit. Betul ke tu lipas? Ke…’, hati Haridz berkata-kata. Dia terus bukak mata nak tengok lipas tadi. Sebenarnya tadi, dia bukannya tidur. Dalam pukul 2 pagi tadi dia tersedar. Hajat nak buat solat tahajjud, tapi kejap lagilah. Selesa pulak tidur macam ni. Sebaik je mata dibuka, dia nampak isterinya yang tengah tersenyum manis ke arah dia.

“abang, dah sedar?”, tanyaku perlahan sambil belai kepala dia.

“dah… tadi lagi abang dah sedar. Mana lipas tadi?”, tanya Haridz. Aku tengok dia dah pandang sekeliling, aku pun pandang sekali. Mana ada lipas masa aku dah sedar tadi. Ke aku yang tak sedar. Aku pandang dia balik.

“mana ada lipas bang. Tadi masa Mai sedar takde pulak. Tak tahulah kalau sebelum Mai tersedar”, jawabku. Aku perasan dia dah pandang  aku dengan renungan yang tajam. Nak cari kebenaran agaknya.

“habis tu, tadi abang pukul apa?”, manja sangat suara dia masa tanya. Aii… dah pandai bermanja nampak. Emm… satu peningkatan yang bagus.

‘eh… kenapa aku cakap macam tu eh? Tetiba je aku boleh bermanja dengan dia. aku demam ke?’, bisik hati Haridz. Sambil tu terus dia taruk tangan kat atas dahi.

Senyuman aku makin lama, makin melebar. Nak-nak pulak nampak Haridz taruk tangan atas dahi.

“abang pukul tangan Mai sebenarnya”, kataku perlahan sambil menunjukkan tangan kanan aku yang dah merah.

“ya Allah, sorry sayang. Abang tak sengaja”, dia terus amik tangan aku dan mengelus-ngelus lembut tangan aku. Aku pandang muka dia. Nak cari kesahihan. Aku salah dengar ke dia salah cakap? Ah… biar jelah. Macam tak pernah pulak dengar seorang lelaki panggil aku sayang.

“err… abang… boleh Mai tau kenapa abang menangis tadi”, tanyaku lembut. Tangan dia yang tengah bermain dengan tangan aku terus terhenti. Dia pandang mata aku lama. Sebelum aku dengar dia mengeluh perlahan.

“betul Mai nak tau?”, tanya dia perlahan. Aku anggukkan kepala. Dia cium tangan aku yang dah tukar warna tu, sebelum dia bercerita.

“ account kat office tak balance, abang dah cuba cari punca dia tapi tak jumpa. Abang dah fed up sangat dah…”, kata Haridz. Manja gila ah suara dia. sambil dia bercakap tu sambil tu dia mainkan tangan aku.

“la… tu je ke? Abang nangis hanya kerana ni je?”, tanyaku. Haridz hanya angguk je. ‘ tu pun nak nagis ke? Kalau aku… memang dah terbalik satu rumah ni jadinya. Yelah, sape tak frust bila account tak balance? Aku waktu belajar accounts dulu, asal tak balance je, memang aku mengamuk. Tapi laki aku pulak boleh menangis… hai… pelik,pelik…’, hatiku berbicara, sambil tu aku tersenyum.

“apa senyum, senyum. Abang kalau frust atau marah, abang akan nangislah”, kata Haridz tiba-tiba.

“Mai tak cakap apa-apa pun”, kataku memabalas percakapan dia.

“ dekat mulut memang tak cakap, tapi dalam hati? Macam abang tak tau je sayang mengutuk abang dalam hati.”

“hissyy… macam mana abang tau ni?”

“abang boleh baca hati sayanglah”

“macam mana abang baca? Boleh ajar kat Mai ilmu apa yang abang guna? Lagi satukan bang… kalau Mai cakap jangan marah tau…”

“cakaplah dulu. Kalau kena pada tempatnya, abang takkan marah”

“abang boleh bangkit tak? Kaki Mai dah kejang tampung berat kepala abang”, jawabku perlahan. Terus dia bangkit dan duduk kat sebelah.

“hah… lega…”, kataku perlahan. Haridz kat sebelah hanya tersengih je.

“sayang… jom kita pergi solat”, ajaknya sambil menarik tangan aku. Macam budak-budak bila nampak motor ice-cream panggil mak dia nak beli ice-cream. Macam tulah aksi dia.

“yelah-yelah...”, jawabku sambil bangkit.

11 comments:

  1. hehehe entry kali ni besh ckit.... cute la pula huby dier.... thanxs cik writer

    ReplyDelete
  2. sesama... thanks to you too.. sebab follow citer ni...

    ReplyDelete
  3. zawani followlah pulak citer baru saya... kau kenapa?!!! nak penyepak ke? eh...

    ReplyDelete
  4. comel giler cite ni..hehhe

    ReplyDelete
  5. sweet ....giler...hahax...bley kna swan klu camnie...awk akaunten ker..??

    ReplyDelete
  6. thanks yusliana, for the comment.. takdelah... untuk pengetahuan, saya masih blajar.. cme saya minat dgan accout dan medic..

    ReplyDelete
  7. woww ! SwiT SwiT ! ConTinue CpT CpT Yerk ! :)

    ReplyDelete
  8. Nanthini_12cute.. thanks sbb membaca..

    ReplyDelete
  9. actually sye dah bace dari bab 1 sampai bab 4 nie,best sangat-sangat cite n.tapi terlalu pendek, x puas nak bace...
    So, ape kate writer buat panjang sikit lepas nie,sambil tue dapat memantapkn cerite dalam novel nie.

    ReplyDelete
  10. ok... thanks muzika for the comment... saya akan cuba sebaik mungkin untuk novel nie.. tapi saya tak berani janji... layanlah pulak kknpk... anyway, thanks sebab membaca... jadilah follower ek...

    ReplyDelete