Monday 21 November 2011

science facts: cara membuat pad! read this!


Sebenarnya yang ada di pasaran tu, bukan 100% kapas. Dia diperbuat dari serbuk kayu pulpa. Serbuk kayu yang digunakan untuk membuat kertas dan
tisu (sebab tu bila kita selsema, dr tak bagi kita lap flu kita dengan tisu bimbang habuk dari tisu meresap masuk dalam rongga hidung. Itu baru hidung, bagaimana pula faraj yang amat sensitif) Proses melembutkan serbuk kayu ni tadi bermula dan proses memutihkan tuala wanita tu memerlukan beberapa bahan kimia untuk pelunturan warna. Mereka menggunakan bahan peluntur yang paling kuat, merendam dengan clorox dan beberapa bahan kimia lain. Sesetengah bahan kimia ni tadi masih tinggal dalam tuala wanita tu dalam proses pembuatan dan pelunturan tu. Selepas tu baru dibilas, dan digembur untuk menaikkan rasa gebu pada tuala wanita tu. Sebab tu bila kita pakai, terasa gemuk dan tebal sebab proses penggemburan tu tadi. Selepas tu mana−mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dan mula mem’paten’kan tuala wanita mengikut paten masing2. Dah siap dipaten, dipasar dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun memakai pad ni tadi tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi pada masa depan. Jadi kita yang memakainya dah pasti terdedah kepada ancaman tersebut. Bayangkan bila usia menginjak 10thn dah mula pakai tuala wanita yang ada toksin. Bahan2 kimia yang tertinggal tadi mula menyerap masuk dlm salur peranakan yg amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30thn, kita dah menggunakan tuala wanita bertoksin selama 20thn. Keadaan ini yang menyebabkan masalah bau, lendir putih, kuning dan macam2 lagi. Lebih teruk lagi ini mengakibatkan masalah wanita seperti fibroid, barah pangkal rahim, putaran haid tidak menentu (masalah kesuburan) semuanya berpunca dari sisa toksin ni tadi.
Dulu kita tiada pilihan, dari pemakaian kain tuala ‘good morning’, kain batik yang digunting kecil yang dipakai mak dan nenek2 kita. Masa berubah, teknologi semakin canggih, ibarat telefon bimbit dari sebesar−besar kayu balak ke sekecil−kecil 2jari. sekarang kita ada pilihan kepada yang lebih baik. Dapat menyedut kembali segala macam bauan, lendir, keputihan serta menyembuhkan masalah wanita. Selain keistimewaanya yang pelbagai guna kepada kanak2 dan wanita berumur serta lelaki, kita ambil kesempatan ini untuk merawat penyakit dalaman yang kita sendiri tak sedari. Walaupun kita sihat, ada zuriat, apa salahnya kita beralih menggunakan tuala wanita yang memang terbukti banyak keistimewaan dan khasiatnya. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding yang biasa terdapat di pasaran. Tapi apa yang lebih penting kesihatan dan penjagaan alat reproduktif wanita itu sendiri.

sedarlah wahai manusia


Mendidik seorang anak lelaki adalah lebih susah daripada mendidik seorang anak perempuan. Ini adalah kerana, anak lelaki itu yang akan menjadi pemimpin untuk sesebuah rumah tangga tersebut, tapi malangnya, kebanyakan umat Islam berfikir seperti seorang cina tanpa berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam yaitu mereka memikirkan mendapat seorang anak lelaki akan mendapat harta yang lebih besar, maknanya duit/hasil/pecahan daripada tanah tersebut akan mengayakan mereka dalam jangka masa yang pendek. Tetapi pernahkah mereka fikir bahwa mereka diberikan pecahan yang besar kerana mereka bertanggungjawab ke atas ibu bapanya, adik- beradiknya, serta saudara perempuannya?
Mereka bertanggungjawab ke atas ibu bapa dengan cara jikalau berlakunya sebarang penceraian/ perkahwinan lain maka anak sulong lelaki(yang sudah matang) sepatutnya diberitahu kerana anak itulah yang akan menggantikan/menggalas segala tanggungjawab bapanya, seperti mencari nafkah untuk keluarga dan sebagainya. Selain itu, jikalau adik-beradiknya(terutama perempuan) mengalami masalah, maka sebagai abang/adik, seharusnya menolong mereka yang termampu, tetapi jangan terlalu melulu mmenolong mereka, sehingga mereka memijak kepala kita, tetapi berpada-pada.  Jikalau, bapanya mempunyai adik-beradik perempuan/anak buah perempuan, jikalau mereka mempunyai masalah, bantulah mereka, kerana itulah kita diberikan pecahan yang besar ketika pengagihan harta.
Apakah yang dimaksudkan pula dengan pemimpin rumah tangga? Saudara seIslam sekalian, di sini apa yang dimaksudkan dengan pemimpin rumah tangga ialah seorang lelakilah yang menggalas tanggungjawab paling besar. Sebaik sahaja perkataan “SAH” terkeluar daripada mulut semua saksi pernikahan maka akan tergalaslah satu batu besar di bahu lelaki yang menyambut akad tersebut. Setelah terkeluarnya perkataan itu maka kini lelaki itu telah menjadi seorang suami dan jatuhlah semua amanah yang selama ini diperintahkan oleh ALLAH kepada ibu bapa seorang perempuan, kepada bahunya. Malangnya, mutakhir ini, ramai yang menganggap nikah kahwin sebagi satu perkara yang indah kerana selepas ini mereka akan mempunyai tempat untuk melampiaskan nafsu mereka, setelah bosan dengan seorang perempuan itu, maka dicari pengganti yang lain dan dijadikan isteri kedua, ketiga dan keempat, kerana mereka tahu, salah satu sunnah nabi ialah berpoligami(mempunyai lebih daripada satu isteri). Tetapi tahukah mereka bahawa setiap tindak-tanduk isteri mahupun anak mereka akan memberi kesan terhadap mereka?
Saudara seIslam sekalian, setiap tindak-tanduk isteri mahupun anak mereka akan mendatangkan dosa ataupun pahala dengan mudah. Jikalau, si isteri mereka tidak solat tanpa alasan yang kukuh maka si suami secara automatic akan mendapat dosa dahulu, setelah si suami mendapat dosa barulah giliran si isteri  untuk mendapat dosa.  Mengapakah si suami mendapat dosa sedangkan itulah adalah kesalahan si isteri? Mudah, jawapannya ialah kerana megapa kamu sebagai suami tidak menegur perbuatan isterimu? Sedangkan kamu tahu ketika itu sudah masuk waktu solat. Nampak? Bukan mudah menjadi seorang pemimpin.
Kenapa pula hanya lelaki yang menjadi pemimpin sedangkan ALLAH telah berfirman “sesungguhnya setiap manusia itu adalah seorang khalifah”? saya pasti anda pernah mendengar satu ayat yang biasa didengari terutamanya dari kaum lelaki. “Lelaki mempunyai 1 nafsu dan 9 kepala, manakala perempuan hanya mempunyai 1 kepala dan 9 nafsu”. Pasti anda pernah mendengarinya dan tidak mustahil juga anda pernah menggunakan perkataan itu. Tetapi benarkah anda sebenarnya memahami maksud ayat tersebut? Maksud ayat tersebut ialah seorang lelaki dipilih menjadi seorang pemimpin adalah kerana mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memiliki sesuatu perkara itu, tidak kira apapun yang berlaku pada dirinya, mempunyai 1 nafsu pula ialah mereka hanya akan memikirkan kehendak dirinya, mereka tidak akan peduli apa yang bakal berlaku pada orang lain, apa yang mereka tahu diri mereka lepas. Manakala seorang perempuan mempunyai 9 nafsu yaitu sebelum mereka melakukan sebarang tindakan, mereka akan memikirkan kesan yang bakal berlaku pada orang di sekeliling mereka, mempunyai 1 kepala pula ialah mereka sentiasa diganggu oleh masalah emosi maksudnya, mereka mudah terbawa-bawa oleh emosi/emotional.  Itu adalah sebab mengapa seorang perempuan tidak dipilih sebagai seorang pemimpin. Sebab itulah, perkataan yang biasa kita dengar ialah “we are leaving in a men’s world” yaitu kita tinggal dalam dunia lelaki, kerana tidak kira bagaimana kita berusaha sekalipun kita(perempuan) tidak akan dapat melepasi garisan pertama lelaki.
Tapi jangan ingat bahawa perempuan tiada kuasanya. Walaupun seorang perempuan sentiasa di amanahkan oleh ALLAH kepada ibu bapa, adik-beradik, saudara lelaki, mahupun suami, mereka masih mempunyai gelaran khalifah, kerana mereka masih lagi seorang manusia. Seorang perempuan yang sudah berkahwin, akan menjadi tunggak keluarga sementara suaminya akan menjadi pemimpin keluarga. Saudara sekalian, tanpa perempuan apalah ertinya sebuah kehidupan?

bersyukurlah wahai wanita


Ada wanita yang cukup kenal erti bersyukur. Malah ada wanita yang tahu natijah
mereka itu sebagai seorang wanita dan mengapa mereka dijadikan oleh Allah
sebagai seorang wanita. Wanita yang berada dalam golongan ini adalah mereka yang
tidak “demand” dan mempunyai rasa tawadduk yang tinggi.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga wanita yang “lupa diri”. Kaum wanita selalu
cakap “susah jadi wanita”. Mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan
hawa nafsunya sendiri. Mereka selalu persoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, mereka mendakwa yang Allah telah berat
sebelah. Mari kita lihat siapakah wanita-wanita ini dan jika ada di antara
pembaca blog ini yang sudah mula persoalkan soalan yang disenaraikan di bawah,
bolehlah bermuhasabah sebelum terlambat.

Keluhan REMAJA perempuan A:
 “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja? Tak
pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
 Keluhan ISTERI A:
 “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita,
padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan REMAJA perempuan B:
 “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta
pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu
keadilan!”
 Keluhan ISTERI B:
 “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak.
Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita
tanggung sendiri!”

Keluhan ISTERI C:
 “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami
perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
 Keluhan ISTERI D:
 “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek
ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan D:
 “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas,
takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan
menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas
akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku
ni lelaki!”

Tunggu..!
 Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang
lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.
Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat
Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya
untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
 “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak
ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang
atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
 Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi
dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut
tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak
tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut
kan?
 Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut
serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
 “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat
juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah
berkeluarga. Bukankah ibu itu seorang wanita? Isteri tidak perlu lagi, taatnya
hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah
yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
 “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi
kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang
dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
 Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada
isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak
secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
 “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak
begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya
awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid
dan ganjarannya syurga.
 Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu
tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
 “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab
keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak
perempuan saya dan adik perempuan saya.
 Tahu maksudnya?
 Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka?
Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
 “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak
sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la
syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
 Apa itu?
 Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu
lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya! Tapi masih ramai wanita yang
angkuh dengan suaminya”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
 “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika
taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan
turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata!”
 Lelaki beriman bertanya:
 “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
 Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
 “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret
diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa
namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai
kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan
diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia,
sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik
selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para
muslimah.
 Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Sunday 20 November 2011

hello.... well come to my blog... have fun.. and relax your mind...