Thursday 29 December 2011

bila ikan jd anjing..

kau kenapa?!!! nak penyepak ke? 2

Aku duduk atas kerusi yang dikhaskan untuk aku dalam bilik persendirian aku(bilik doktor specialists yang biasa kita masuk nak terima rawatan tu). Aku capai handphone, bila aku terasa handphone aku bergegar. Biasalah, dalam hospitalkan, ada signboard yang tulis ‘please silent/off your handphone’. Tertera dekat skrin ‘Private Number’. Nilah orang zaman sekarang, walaupun telefon doktor pun guna private number. Buatnya, aku tak terdengar nombor rumah dia betul-betul, macam mana aku nak call balik?

“Assalamualaikum, helo”, mukadimah aku hulurkan buat pemanggil setelah aku tekan punat hijau.

“Waalaikummussalam, sayang. Ni mama. Sayang kat mana ni? Sekarang dah pukul 5.31petang”, jawab si pemanggil. aku lirik jam tangan aku. alamak mampus. Aku dah lambat.

“ alamak… sory mama. Mai terlupa. Emm… mama bagi Mai 30 minit. Nanti Mai sampai”, jawabku sambil tangan dah mula menari mengamas barang.

“ok… jangan lambat eh. Mama tunggu. Assalamualaikum”, terus mama hang up.

“ Waalaikummussalam”, jawabku. Ya Allah macam mana aku boleh tak sedar sekarang dah pukul 5.30. mati… tapi kat mana butik tu eh? Aku capai handphone yang aku taruk atas meja dan bukak message.

‘salam. Mai ni mama. Kamu pergi kedai the teapot café. Dekat ss2, petaling jaya. Jumpa dekat situ. K…’

Mak ai… ss2? Aku dahlah dekat Puchong. Nak pergi sana aku kena lalu Damansara. Jam o… orang baru balik dari kerja. Aduh… aku pulak pergi cakap dalam masa 30 minit. Argh… redah jelah. Aku kemas meja dan blah.  Masuk kereta, start engine dan speed.
@@@@@

Kurang seminit daripada waktu yang dijanjikan, aku dah sampai depan The Teapot Café. Bayangkanlah, berapa ratus km/h aku bedal. Aku melangkah masuk dalam kedai tu. Ramainya orang. Mana mama ni? Tiba-tiba, aku dicuit dari belakang.

“kau pahal lambat? Mama kata semalam pukul 5.30 kan? Sekarang dah pukul 6 tau tak?”, marah Haridz. Nasib suara dia tak kuat sangat. Kalau tak, malu siot.

“sorylah, tadi aku lawat patient, aku tak sedar dah pukul 5.30. Tadi aku dah bagitau mama, aku datang lambat 30 minit”, jawabku dalam keadaan menekur lantai.

“ dah kau tak payah nak pandang kau punya kasut. Tak lawa pun. Jom, mama dah tunggu dekat butik. Kau naik kereta aku”

“ abis tu, kereta aku?”, tanyaku pada Haridz. Takkan aku nak tinggalkan kereta aku dekat sini. Dibuatnya kena rompak. Naya. Dahlah Ferrari hitam ni kereta yang daddy belikan untuk aku masa birthday aku yang ke-18.

“em… kau bawaklah kereta kau. Kita convoy”,jawab Haridz dan masuk kedalam kereta BMW X6. Kereta dia sebelah kereta aku rupanya.
@@@@@@

“mama… sorry Mai lambat. Mai terlupa”, kataku sebaik sahaja ternampak mama yang tengah bercakap dengan seorang perempuan. Tangan kuhulurkan untuk bersalam.

“tak pe. Ha… Macy nilah bakal menantu I”, aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan Macy.

“so… this is Mai? Beautiful. Mix blood eh?”, tanya Macy kepadaku.

“yup. Japanese+Malay”, jawabku sambil tersenyum. Macy terus membawaku ke belakang untuk mencuba beberapa baju yang disediakan.
@@@@@@

Haridz yang duduk di ruang tamu rumahnya, nampak resah-gelisah. Shaffie mendekati rakannya yang sedang duduk atas cushion di atas lantai. Menggeleng kepalanya melihat keadaan kawannya itu. Dengan kipas menghala ke arah dia je, mulut asyik terkumat-kamit, sekejap angkat kepala, sekejap tunduk. Macam orang kena demam kura.

“ kau pahal? Macam mati bini je?”, tanya Shaffie kepada rakan sekolahnya.

“eisy, mulut… aku nikah pun belum, nak mati bini apanya?”jawab Haridz.

“dah tu… yang kau gabra sangat ni kenapa? Dengan kipas menghala ke arah kau je. Sedangkan rumah kau ni dah dilengkapi oleh air-cond. Takkan panas sangat? Hari kat luar mendung je”.

“kau jangan banyak bunyi, kau belum lagi rasa apa yang aku rasa. Bila kau kena, baru kau tahu, apa rasanya bila melalui saat ini”.

“ apa yang kau nak cuakkan sangat? Kalau aku jadi kau, aku bukannya duduk macam kaulah. Aku confirm gembira. Lepas ni hidup berteman”.

“dah diam… tok kadi dah sampai tu”, kata Haridz sebaik melihat seorang lelaki tua berserban diescort oleh seorang lagi lelaki tua bersama dengan daddynya.

“kamu dah sedia dah?”, tanya tok kadi pada Haridz.

“dah tok”, jawabnya ringkas.

“kalau macam tu kita mulakan upacaralah ye. Tapi sebelum tu sesiapa ada tissue tolong beri kepada kami sehelai”, kata tok kadi lagi. Seorang wanita menghulurkan sekotak tissue premier kepada tok kadi.

“kamu amik tissue ni. Lap peluh kamu. Dah macam orang berlari 600km je. Awat, hang baru balik dari marathon ka?”, kata tok kadi dan menyerahkan sehelai tissue kepada Haridz. Haridz menarik sehelai tissue dan melapkan peluhnya yang dah menitik. Seram o… mengahadapi situasi ini.

“ok. Kita mulakan sekarang”,kata tok kadi dan mula membaca beberapa potongan surah dan beberapa hadis nabi.
@@@@@@@

“weh, tadi aku dengar ada orang baru balik dari marathon”, kataku pada Haridz setelah kami masuk kedalam bilik. Aku tanggalkan tudung, panas. Aku berjalan ke arah sofa dan melabuhkan punggung di situ. Letih tak payah cakaplah. Walaupun menggunakan khidmat catering, hanya menikah dan tidak bersanding, still letih. Mana tak letih? Puaslah aku dengan Haridz menapak dari satu khemah ke satu khemah yang lain. Bersalam dan tersenyum. Naik kejang pipi aku.

“kau diamlah. Kau apa tau. Aku yang kena jawab ijab dan qabul. Bukannya kau”, sanggah Haridz. Dia menarik pdanya dan melabuhkan punggung di sebelah isterinya. saat dia terpandang muka isterinya, baru dia terperasan bahawa isterinya tidak memakai tudung. Cantik.

“lawa gak rambut hang”, katanya sambil menarik rambutku yang ku ikat pony tail. Senget kepalaku bila dia menarik rambutku.

“sakitlah, mangkuk”, Haridz hanya tersengih. Haridz bersandar di hujung sofa dan kakinya diletak di atas riba isterinya.

“wah… main kasar nampak? Kau ingat, aku ni tempat letak kaki?”,kakinya kutolak. Tapi sikit pun tak jatuh. Dia menekan kakinya di atas pehaku.

“eh, bukan ke? Aku ingatkan tadi tempat letak kaki. Anyway, picit kaki aku. penat kakiku, berjalan dari satu khemah ke satu khemah yang lain”, sengaja kakinya digoyangkan. Sakit hati betul, aku dengan mamat ni.

“pahal pulak, aku kena picit? Dah tepi, berat tau tak kaki kau”

“I don’t care, kau dah jadi wife aku, so semua arahan suami perlu diikut. Kecuali, arahan yang melampaui batasan. So sila menjalankan kerja anda dengan baik dan sila ikhlaskan hati anda, sekiranya anda hendak mendapat pahala”katanya sambil bermain dengan pda.

Tuesday 27 December 2011

kau kenapa?!!! nak penyepak ke? 1

“ehem…”, bunyi orang berdehem dari belakang mematikan langkah kakiku yang dah macam pencuri masuk rumah… terjengkit-jengkit. Aku memandang belakang. Tetera di mataku muka mummy yang dah macam nak telan aku hidup-hidup. Aku sengih dan layang ‘peace’.

“kamu dari mana? balik rumah lambat, masuk rumah macam pencuri, terjengket-jengket. Pastu tayang peace dengan sengih… kamu kata tadi dalam masa 20 minit sampai rumah, ini dah 2 jam mummy tunggu kamu”, mummyku, puan Maryam dah bising.

“sorylah mummy, tadi memang Mai nak balik awal… dah siap kemas barang, nurse panggil, ada emergency…”, aku muncungkan bibir dan kelip mata banyak kali. Konon comellah…

“ dah… kamu tak payah nak buat muka yang tak seberapa nak comel tu. Jom, ikut mummy gi dining room, makan”, mummy dah tarik tangan aku.

Masuk je dining room, 4 mata terus tertumpu dekat aku. aku senyum jelah.

“salam tetamu tu…”, kata mummy yang dah duduk atas kerusi. Aku ikut jelah arahan mummy, tapi hanya seorang je yang aku boleh salam, sebab dia seorang je perempuan. Pastu aku salam pulak daddy. Aku duduk sebelah mummy.

Pergh… aroma chicken chop dalam pinggan aku… memang membuatkan aku terkecur liur. Makan western aku hari ni. Kitorang waktu dinner, jarang makan nasi. Kalau mummy rajin, baru mummy masak nasi, kan makan nasi perlu ada lauk, so banyak kerja. Kalau tak… western food jelah. Kalau mummy dah terlebih rajin, mummy masak pucuk ubi rebus dengan kuah kacang je. Sadiskan… makan pucuk ubi dengan kuah kacang je. Bila aku tanya mummy, takde lauk lain ke… jawab mummy, tak, hari ni semua orang diet. Alamatnya, malam tu aku kenalah jadi driver bapak aku, pergi beli makanan kat luar. Lapar… tapi kitorang pergi pun bila mummy dah tidur.

Aku apa lagi, baca doa, capai cutlery dan makan. Huh… lapar tak ingat dunia aku ni. Nilah yang terjadi sekiranya, kerja melebihi waktu. Tetamu yang ada, aku dah tak hiraukan. Tangan mummy yang dah siku aku melebihi 10 sekali pun aku tak hiraukan. habis ayam dengan French fries dalam pinggan aku, baru aku angkat muka. Aku amik serviette yang terbentang atas pehaku, lap mulut.  Sekali lagi aku kena siku, aku terus pandang mummy. Mummy dah buat isyarat mata nak ajak aku pergi dapur. aku mula angkat pinggan tetamu, yang dah habis makan.

“ kamu dah berapa tahun tak makan?”, tanya mummy sebaik sahaja kaki kami masuk dapur. mummy dah menuju rak pinggan-mangkuk, nak ambil dulang.

“adalah dalam 60 tahun… kenapa?”, jawabku selamba. Tanganku ligat mencuci pinggan.

“o… 60 tahun, kenapa tak cakap 600 tahun je terus…”, mummy membalas geram. Penutup mint ice-cream mummy dah buka. Mummy capai ice-cream cup dan mula mengisinya dengan beberapa scoop.

“ tak cukup umurlah mummy, nak sampai 600 tahun. Firaun tu pun 500 tahun je dia hidup”, aku amik daun thyme yang ada dalam peti ais, nak buat hiasan atas ice-cream. Lalu berjalan ke arah mummy.

“tapi kalau dah lapar sangat pun, agak-agaklah makan. Ini tidak, makan sampai tak ingat dunia. Tunduk je, tak angkat-angkat kepala. Asyik potong ayam, masuk mulut. Potong ayam, masuk mulut. Sekali tercekik padan muka”, sambil membebel, sambil tu tangan mummy susun ice-cream cup atas dulang.

“eisy… mummy ni, ada ke doakan orang bukan-bukan. Buatnya terjadi. Naya je”, ujarku sambil mengangkat dulang nak bawak depan.

“mummy bukan mendoakan… tapi mummy menasihatkan”, mummy terus melangkah keluar dari dapur.

Aku pun menapak ke dining room. Aku hidangkan ice-cream dekat semua orang. Duduk balik sebelah mummy, capai sudu and makan. Daddy dengan mummy dah geleng kepala tengok anak tunggal dia yang melantak balik. Mana orang tak kata melantak? Orang lain baru sudu 2 kali, dia dah habis.
@@@@@@@@

“Mai, kamu ingat tak, yang kamu pernah kata, jodoh kamu, kamu nak mummy yang pilihkan?”, soal mummy tiba-tiba, masa aku tengah khusyuk mencuci pinggan.

“ ingat… kenapa mummy?”, soalku balik.

“kat depan tu, daddy dengan tetamu kita tu, tengah bincang nak jodohkan kamu. Harap kamu terimalah. Baik budaknya. Solat tak tinggal. Berkemampuan. dan sebagainya”, ayat biasa yang kita dengar kalau seorang ibu cuba untuk meyakinkan anaknya tentang menantu pilihannya.

“so… kat depan tu, orang tulah yang mummy pilih?”, tanyaku pada mummy. Tangan yang basah, aku lap pada kain.

“haah. Aristocrat lagi”, mummy dah mengusap si goldillocks. Kucing yang berbulu hitam dan putih plus golden.

“mummy yakin ke, dia boleh jadi imam Mai? Pemimpin Mai? Boleh melenturkan tulang rusuk yang bengkok tu kepada lurus dengan lembut?”, tanyaku pada mummy.

“mummy yakin”, jawab mummy penuh keyakinan.

“kalau mummy yakin, Mai ikut jelah”

“betul?”

“betul”

“ok… kalau macam tu, jom kita pergi depan”, ajak mummy sebelum menarik tangan aku kehadapan. Excited pulak mummy ni, macam dia pulak yang nak kahwin.
@@@@@@@@@@

“Azi… Mai setuju dengan rancangan kita”, kata mummy kepada Tengku Azriana. aku dah melabuhkan punggung aku atas sofa berangkai satu. Mummy pulak melabuhkan punggung sebelah daddy.

“Alhamdulillah… Mai setuju. Kalau macam tu bolehlah kita proceed rancangan kita ni?”, tanya Tengku Azriana pada mummy.

“wait… sebelum kita nak proceed to the plan, boleh saya tahu siapa lelaki yang bakal saya nikahi?”, tanyaku pada Tengku Azriana. Tengku Azriana hanya tersenyum.

“kalau Mai nak tahu, inilah lelaki yang bakal Mai nikahi. Tengku Haridz Hakkam Tengku Hanafi”, kata Tengku Azriana sambil menepuk belakang lelaki yang digelar sebagai Tengku Haridz Hakkam itu. Tengku Haridz Hakkam, mengangkat kepalanya, dan melemparkan senyum padaku.

“kau!!!”, spontan aku terjerit dan terbangun dari kerusi. Mummy dah tarik tangan aku suruh duduk balik.

“hello… Mai, do you still remember me?”, tanya Haridz padaku dengan suara yang control macho. Ikut hati, aku nak je sepak mamat ni.

“of course, I remember you. How can I forget. Aku tak sangka kau masih hidup ek…”, jawabku selamba. Mummy dah tepuk peha aku, suruh control mulut.

“obviously, I’m still alive. Or else I wouldn’t be here, sitting in front of you”, jawab Haridz sinis. Ai… mamat ni,kalau aku ikut hati, dah mati kau aku kerjakan. Cakap bahasa inggeris, macam asal dari UK je.

“ok… so Mai ingat lagi dekat Haridzkan? Then tadi pulak Mai kata, Mai setuju dengan rancangan mummy. Hence, kita procced plan yang dah lama dirancang. Besok mama akan text Mai, alamat butik pengantin. Mai datang eh, dalam pukul 5.30 ke yeh?”, tiba-tiba Tengku Azriana menyampuk.

“ok… tapi Tengku ada ke nombor phone saya?”, tanyaku pada Tengku Azriana.

“panggil mama sayang, tak lama lagi dalam masa 2 minggu, Mai akan jadi menantu mama. Mama adalah nombor Mai. Tadi mama dah mintak dari mummy. Nah cincin tanda Mai”, beritahu Tengku Azriana a.k.a mama sebelum menyerahkan bekas baldu warna merah. Advanced sungguh Tengku ni, aku belum nikah dengan anak dia, dia dah suruh aku panggil dia mama.

“ok…”, hanya tu je yang mampu aku cakap dan menerima cincin itu.

takpe-takpe! hari ni hari kau, esok,hari aku! 4

Aku turun tangga, nak jumpa ngan si Haridz ni. Tadi masa solat Isyak, aku terdengar bunyi kereta dia masuk rumah. First time, dia balik rumah tak masuk bilik terus. Eii, pelik aku. Dahlah perangai stay je. Asyik cold je. Sedar tak sedar, dah genap 2 minggu, aku jadi isteri dia. Tapi sekali pun dia tak pernah sentuh aku. Waktu tido pulak, dia membelakangi aku.

Aku nampak dia tengah duduk termenung jauh dekat sofa yang untuk 2 orang punya kat main hall. Aku terus masuk dapur dan buatkan air untuk dia. Untung-untung,dapat pahala. So, aku pun buatkan air teh o  untuk dia. Dah siap aku angkat dan menapak ke arah dia. ‘Dari tadi aku tengok, asyik termenung je. Tak pernah pulak aku tengok, dia berperangai macam ni.’

“abang… ni air kegemaran abang. Mai dah buatkan ”, ujarku menyedarkan diri dia dari lamunan yang entah panjang mana.

Dia pandang aku sekilas, then tunduk balik, termenung. Muka dia pulak memang takleh nak cakaplah, serabai gila. ‘kesian pulak, aku tengok dia ni.’

“abang… kenapa ni?”, tanyaku lembut sambil mengusap lembut belakang kepala dia. Aku nampak masa aku usap kepala dia, dia pejam mata kejap. Bila dia bukak balik mata, ada setitis air mata tumpah dari tubir mata dia. Tapi sebaik dia bersabung pandang dengan aku. Terus dia palingkan muka ke arah lain pastu dia tongkat dahi dia menggunakan tangan kanan yang diletakkan atas peha and lap air mata dia tadi.

Aku pulak yang baru first time, seumur hidup tengok seorang lelaki menangis secara live, terkaku kejap. Pelikkan? Aku tak pernah tengok seorang lelaki dewasa menangis? Tapi betul Selama 26 tahun aku hidup ni, memang aku tak pernah nampak lelaki nangis,not even from daddy.

Bila terdengar ada orang terbatuk kecil, baru aku tersedar dari tempat yang aku terkaku tadi. Dia masih duduk dalam posisi tadi. Aku pun jalan menghampiri dia dan terus duduk sebelah dia.

“its okay, bila sekali- sekala kita menangis. sekurang-kurangnya masa kita menangis, sedikit sebanyak beban kita akan berkurang. Dah lumrah manusia, bila kita sedih, kita akan menangis. Memang benar istilah yang mengatakan seorang lelaki tak boleh menagis, kerana nanti akan dipandang lembik. Tapi kenalah sesuai dengan masa dan tempatnya. Bukan setiap masa.
Kadang-kadang kita perlu bercerita untuk mengurangkan beban selain daripada menangis”, kataku sambil mengusap rambut dia. aku tersenyum kejap sebelum menyambung,

“ takpelah kalau abang nak cerita, ceritalah, Mai akan jadi pendengar yang setia. Kalau Mai boleh bantu, Mai bantu. Tapi kalau abang nak nangis, nangislah puas-puas. Mai akan jadi tempat sandaran abang untuk meluahkan rasa yang setia. Tetapi jikalau abang nak bersindiri, it’s fine with me”. Aku pun bangkit dan baru selangkah aku berjalan, tangan aku dah ditarik untuk aku duduk kembali.

Aku pandang muka dia yang dah ada linangan air mata. Dia tarik aku dalam pelukan dan terus menyembamkan muka di dadaku. Tak lama selepas tu aku dengar ada esakan kecil. Syahdu aku rasa, bila seorang suami menangis di hadapanku. Aku tersenyum kecil sebelum membalas pelukan dia.

Tangan aku automatic terus usap kepala dia dan sekali-sekala aku akan cium kepala dia. Dalam setengah jam macam tu. Dia berhenti menangis dan terus angkat kepala dia. Aku pun lapkan muka dia yang dah comot tu dengan penuh kasih-sayang sambil aku tersenyum. Aku rasa macam lap tomato, yelah mata, hidung, pipi semua merah. Dah siap lap, aku cium dahi dia sekejap. Aku rasa sejuk je dada aku, yelah mana tak sejuk kalau dah lencun.

“ abang… boleh Mai tau kenapa abang nangis?”, tanyaku lembut. Sambil terus membelai rambut dia.

Dia pandang aku sekejap sebelum merebahkan diri atas pangkuan aku. Emm… dah ada perubahan. Bagus. Bila dia dah baring, lama dia pandang aku. Renungan dia tak payah cakaplah, macam nak telan aku je. Seram kejap aku rasa.

“boleh tak kalau abang tak cerita? Abang belum cukup kuat lagi. Lagipun abang rasa letih”, katanya sebelum melelapkan mata. Aku senyum jelah sebelum cium dahi dia sambil membelai rambut dia. tak lama lepas tu dua-dua terlelap.
***************

Dalam pukul 2.30 pagi macam tu aku tersedar. Aku pandang kat peha aku, sebab aku rasa berat dan kebas. Aku tengok Haridz masih lagi lena. Cutenya dia masa tidur. Nampak polosje. Tanpa sedar tangan aku mula mengusap pipi dia. tiba-tiba tangan aku kena pukul. Tersentak  aku dibuatnya.

“dia ni tido ke tidak?”, gumamku perlahan. Aku usap lagi pipi dia. lagi sekali tangan aku kena pukul. Kalau perlahan tak pe jugak, ni dia pukul kuat-kuat. Boleh berbirat tangan dibuatnya.

‘isy… lipas manalah yang mengacau ketenteraman aku? Ntah macam mana ntah dia boleh panjat atas muka aku. Dibuatnya kencing, padah jadinya. Tapi kenapa masa aku pukul tadi aku rasa lipas tu besar sangat ah? Pastu lipas tu lembut sikit. Betul ke tu lipas? Ke…’, hati Haridz berkata-kata. Dia terus bukak mata nak tengok lipas tadi. Sebenarnya tadi, dia bukannya tidur. Dalam pukul 2 pagi tadi dia tersedar. Hajat nak buat solat tahajjud, tapi kejap lagilah. Selesa pulak tidur macam ni. Sebaik je mata dibuka, dia nampak isterinya yang tengah tersenyum manis ke arah dia.

“abang, dah sedar?”, tanyaku perlahan sambil belai kepala dia.

“dah… tadi lagi abang dah sedar. Mana lipas tadi?”, tanya Haridz. Aku tengok dia dah pandang sekeliling, aku pun pandang sekali. Mana ada lipas masa aku dah sedar tadi. Ke aku yang tak sedar. Aku pandang dia balik.

“mana ada lipas bang. Tadi masa Mai sedar takde pulak. Tak tahulah kalau sebelum Mai tersedar”, jawabku. Aku perasan dia dah pandang  aku dengan renungan yang tajam. Nak cari kebenaran agaknya.

“habis tu, tadi abang pukul apa?”, manja sangat suara dia masa tanya. Aii… dah pandai bermanja nampak. Emm… satu peningkatan yang bagus.

‘eh… kenapa aku cakap macam tu eh? Tetiba je aku boleh bermanja dengan dia. aku demam ke?’, bisik hati Haridz. Sambil tu terus dia taruk tangan kat atas dahi.

Senyuman aku makin lama, makin melebar. Nak-nak pulak nampak Haridz taruk tangan atas dahi.

“abang pukul tangan Mai sebenarnya”, kataku perlahan sambil menunjukkan tangan kanan aku yang dah merah.

“ya Allah, sorry sayang. Abang tak sengaja”, dia terus amik tangan aku dan mengelus-ngelus lembut tangan aku. Aku pandang muka dia. Nak cari kesahihan. Aku salah dengar ke dia salah cakap? Ah… biar jelah. Macam tak pernah pulak dengar seorang lelaki panggil aku sayang.

“err… abang… boleh Mai tau kenapa abang menangis tadi”, tanyaku lembut. Tangan dia yang tengah bermain dengan tangan aku terus terhenti. Dia pandang mata aku lama. Sebelum aku dengar dia mengeluh perlahan.

“betul Mai nak tau?”, tanya dia perlahan. Aku anggukkan kepala. Dia cium tangan aku yang dah tukar warna tu, sebelum dia bercerita.

“ account kat office tak balance, abang dah cuba cari punca dia tapi tak jumpa. Abang dah fed up sangat dah…”, kata Haridz. Manja gila ah suara dia. sambil dia bercakap tu sambil tu dia mainkan tangan aku.

“la… tu je ke? Abang nangis hanya kerana ni je?”, tanyaku. Haridz hanya angguk je. ‘ tu pun nak nagis ke? Kalau aku… memang dah terbalik satu rumah ni jadinya. Yelah, sape tak frust bila account tak balance? Aku waktu belajar accounts dulu, asal tak balance je, memang aku mengamuk. Tapi laki aku pulak boleh menangis… hai… pelik,pelik…’, hatiku berbicara, sambil tu aku tersenyum.

“apa senyum, senyum. Abang kalau frust atau marah, abang akan nangislah”, kata Haridz tiba-tiba.

“Mai tak cakap apa-apa pun”, kataku memabalas percakapan dia.

“ dekat mulut memang tak cakap, tapi dalam hati? Macam abang tak tau je sayang mengutuk abang dalam hati.”

“hissyy… macam mana abang tau ni?”

“abang boleh baca hati sayanglah”

“macam mana abang baca? Boleh ajar kat Mai ilmu apa yang abang guna? Lagi satukan bang… kalau Mai cakap jangan marah tau…”

“cakaplah dulu. Kalau kena pada tempatnya, abang takkan marah”

“abang boleh bangkit tak? Kaki Mai dah kejang tampung berat kepala abang”, jawabku perlahan. Terus dia bangkit dan duduk kat sebelah.

“hah… lega…”, kataku perlahan. Haridz kat sebelah hanya tersengih je.

“sayang… jom kita pergi solat”, ajaknya sambil menarik tangan aku. Macam budak-budak bila nampak motor ice-cream panggil mak dia nak beli ice-cream. Macam tulah aksi dia.

“yelah-yelah...”, jawabku sambil bangkit.

Monday 26 December 2011

rush hour3


funny scenes in Rush Hour 3

Thursday 22 December 2011

wah... banyak untung....

duit dapat sempena exam...

Wednesday 21 December 2011

gula-gula pemberi semangat..



For Translation. Coach : Hey San!Just only 1 match..Punch him off! San : I'm not punch him anymore,coach. It's a sin. C : What ? S : Look at his face coach. Why we much fighting each other? C : Nah..Don't let it bothering you. S :What are we winning for? C : 1 time..please. :) S : What is the life? C : What the heck are you.. S : Why are we born....(Coach pack his candy)...No matter what I won't punch...(Coach put a candy into his mouth).. *Bell hits! And then He kick him off = . =

sweet gila cicak ni...

cicak pun sayang bini.

Monday 12 December 2011

takpe-takpe! hari ni hari kau! esok, hari aku! 3

Bab 3
Oleh:~me~
Si haridz ni dia ada dua orang adik. Yang angah umur 27. Yang adik umur 26. Dia pulak 28. Yang angah nama dia Tengku Haiman Hafizudin. Yang adik pulak Tengku Hazim Haytham. Dua-dua dah berkahwin. Tinggal along dia sorang je. Yang angah kahwin taun lepas. Tak lama lepas tu adik pulak kahwin. Diorang punya wife jenis wanita muslimahlah. Yang pakai jubah, tudung labuh dan berpurdah. Lawa gak diorang ni sebenarnya. Sebenarnya dalam family si Haridz ni aku seorang je yang lain dari yang lain atau lebih dikenali sebagai alien.

Diorang nyer family takdelah selalu sangat tengok tv. Layan komputer. Pastu kalau nak baca buku pulak mesti buku agama. Terbalik dari aku. Aku memanglah kurang tengok tv, sebab aku suka tengok movie kat internet. Buku pulak, aku lebih selalu baca novel melayu atau english. Aku pun pakai gak tudung labuh, tapi takdelah selabuh adik-adik ipar aku yang lain. Jubah memang sekali-sekala je aku pakai dalam setahun. Kadang-kadang, aku tak pakai langsung. Baju kurung pun bila terpaksa je baru aku pakai. Aku memang tak minat pakai baju berkain. Lemas. Aku lebih gemar pakai tshirt,sweater ngan jeans. Tapi still takde terlalu ketat sampai nampak bentuk badan. Dan aku jugak yang paling bising.

“ehem”, aku terbangkit dari angan-anganku, bila terdengar ada orang berdehem. Aku pandang kanan aku.

“em… mama rupanya. Ingatkan orang mana lah yang sakit tekak tadi”, aku cakap pada mama sambil tersengih.

“amboi… berangan nampak?”, usik mama aku. Aku paling rapat ngan mama, angah sebab diorang berdua yang agak riuh.

“mana ada Mai berangan”

“abis tu tadi kamu buat apa?”

“Mai buat kuih”

“kuih apa? Kamu asyik pegang je dough tu dari tadi.”

“eh… memanglah Mai pegang je dough ni sebab Mai tengah ingat balik dia punya resepi.”

“emm… yelah. Ingat balik resepi konon. Ayat cover line lah tu?”

“eisyy… mana mama tau ni? Ni mesti cik Bedah tu bagitau kan?”

“cik Bedah mana?”, berkerut dahi mama berfikir yang mana satu cik Bedah. Yelah orang gaji dia cuma Faiza, mak kiah, cik Tom ngan Aliff je, suami dia punya driver.

“tu ha… cik Bedah tu belakang mama tu”, kataku sambil memuncungkan mulut ke arah belakang mama. Mummy sebenarnya.

“Ya Allah, budak ni. Nama mak kamu kan Maryam. Patutlah puas mama fikir sapa cik Bedah.”, bebel mama. Aku hanya tayang sengih jelah sambil uli dough.

“kenapa ni Azi? Tetiba sebut nama I?” tanya mummy pada mama.

“Ni ha si Mai ni, tadi I tangkap dia berangan sambil pegang uli dough. So bile I tangkap dia bagilah alasan. Bila dia dah habis idea, dia cakap ‘Ni mesti cik Bedah tu bagitau kan?’ tu yang I fikir nama orang gaji I mana ada nama cik Bedah, pastu bila I tanya sapa Cik Bedah, dia cakap you.”, cerita mama kepada mummy. Mummy pun pandanglah aku sambil bercekak pinggang.

“hai mummy nak exercise dalam dapur ke? Sampai bercekak pinggang?”, tanyaku kepada mummy. Mummy yang tengah berdiri tu naik atas kerusi dan duduk sebelah mama, yang bertentangan dengan aku, lenguh agaknya. Aku yang memang tengah duduk pandang jelah mummy. Sambil ligat tangan aku menguli dough nak buat phyllo dough. Depan aku sebenarnya ada meja yang tinggi tu, yang biasanya ada kat dry kitchen. Tak tau camne nak explain bende tu.

“banyaklah kamu punya exercise. Amboi… sedap kata mummy ni cik Bedah eh?”, sembur mummy.

“eh… sedap. Mummy nak rasa? dia punya kelazatan tak terhingga. Cukup segala ramuan dia. Ala leklah mummy, Mai tak kata pun mummy ni cik Bedah. Mama yang cakap. tadi Mai tunjuk belakang mama. Mama nampak mummy. Pastu mummy pun perasan orang cakap pasal mummy.”, jawabku sambil sapu butter cair atas phyllo dough yang dah setebal sehelai kertas. Aku plan nak buat baklava. Dah lama tak makan.

“ai… mama pulak yang kene?”, tanya mama.

“mama kena apa ma?”, tanyaku

“eissyyy… budak ni. Dahlah Azi daripada kita nak melayan kerenah dia lagi baik kita duduk kat depan.”, sampuk mummy.

“ha… baguslah, takdelah asyik mengacau orang je. Tengok tak sempat siap kerja orang dari tadi tau… kalau mama ngan mummy tak kacau 30 minit dah siap dah baklava Mai ni. Tapi dah mama ngan mummy kacau. Dah sampai 1 jam Mai buat baklava ni”, jawabku sambil tersengih. Tapi sengih aku mati terus bila rasa kepala aku kena baling sesuatu. Rupanya mummy dah baling kacang pistachio kat kepala aku, kalau satu tak pe lagi, ni sampai 5 biji. Ganas sungguh mummy ni.

“dah jom Azi. Jangan dilayan kerenah dia ni.”, mummy cakap sambil menarik tangan mama, dengan langkah yang laju-laju.
****************************

Sedar tak sedar dah seminggu aku jadi isteri dia. Aku pulak tengah tertunduk-tunduk mengambil baju aku yang nak digantung dalam almari si Haridz ni. Aku dah pindah masuk rumah dia. Rumah aku pulak dijaga oleh orang gaji mama. Dia masih lagi dalam keadaan yang sama. Macam orang takde perasaan je bila bercakap. Bila aku buat lawak pun dia hanya seyum je. Tu pun nyaris tak nampak. Macam tak ikhlas pun ada gak. Tak pe-takpe, aku akan buatkan kau lepas ni penuh dengan perasaan.

“Mai, mana Mai taruk laptop ab…”, dia terkaku di depan pintu, bila terpandangkan aku. Mana tak terdiamnya, aku waktu tu cuma pakai sehelai spaghetti yang agak ketat dengan seluar pendek atas peha.

“ye abang? Abang nak apa? Abang nak laptop ye? Sorrylah tadi Mai terbawak sekali laptop abang masuk dalam bilik, kejap eh, Mai cari.”, kataku sambil tu aku terunduk-tunduk cari laptop dia.

“mana pulak Mai taruk laptop abang eh? Tadi setahu Mai, Mai taruk atas meja dalam bilik abang.”, aku pandang sekilas pada dia yang macam dah terpaku depan pintu bilik, tak berkelip pandang aku.

“o… sorrylah kalau Mai pakai macam ni. Sebenarnya ni pakaian yang biasa Mai pakai bila duduk kat dalam bilik Mai. Tapi bila keluar bilik Mai pakai baju dengan seluar lain. Takkan nak pakai macam ni depan daddy kot? Buruk padahnya. Sebab tulah bile orang panggil Mai. Mai akan keluar lambat sikit. Sebab Mai kena pakai baju yang lain”, ceritaku sambil tu aku masih lagi tertunduk-tunduk. Aku tau aku hanya cakap atas angin, sepatah haram pun, tak masuk dalam otak dia. Haa… amik kau. Tak de perasaan sangatkan? Amik kau…

‘ya Allah, apa perasaan ini? Ya Allah jauhilah aku dari melakukan perbuatan yang bukan-bukan.’ Bisik hati Haridz.

“o...tak pelah. Mai carilah, abang keluar dulu.”, kata Haridz perlahan sambil berpaling dari pintu dan terus hilang.

‘aduh, abang ni… memang kekurangan perasaan betullah…’, bisik aku. Sambil terus mengemaskan pakaian aku.
************

Aku yang tengah syok baca novel sambil bergolek atas katil, terdengar ada bunyi kereta memasuki halaman rumah. Kereta sapa lagi kalau bukan kereta suami aku. Aku tengok jam.

“Dah pukul 9 baru nak balik? Apalah yang dia buat kat office tu? Ai… pening aku.”, gumamku sambil turun tangga. Nak sambut kepulangan suami tercintalah kononnya. Dia baru balik dari kerja. Yelah dia amik cuti pun untuk seminggu je. Aku je yang amik cuti 2 minggu.

“Assalamualaikum”, dia beri salam sambil masuk dalam rumah.

“Waalaikumussalam, lambat abang balik hari ni?”, tanyaku lembut dengan senyuman sambil menghulurkan tangan nak bersalam. Dia hanya angguk dan blah macam tu je. Tangan yang aku hulurkan tu dia gi sangkut briefcase dia. ‘Apa punya orang? Orang nak salam, boleh pulak dia sangkut briefcase kat tangan aku? Apa dia ingat aku ni kayu penyangkut beg?’ Aku pun angkat jelah beg dia dan tutup pintu.

Sunday 4 December 2011

takpe-takpe! hari ni, hari kau! esok hari aku! 2

Bab 2
Oleh: ~me~

“aku terima nikahnya, Nor Maisarah Binti Azri dengan mas kahwinnya RM 300.00 tunai.”, suara Haridz lantang menyambut akad yang di beri oleh tok kadi.

“sah?”

“Sah!”

“Sah!”

SAH? Maka kini aku telah pun menjadi milik lelaki ini dengan hanya sekali lafaz sahaja. Aku hanya menunduk sahaja. Orang kata control sopan, ayu depan semua orang.

Tiba-tiba aku rasa perut aku disiku perlahan. Aku kalih kepala ke kanan aku, mummy tunjuk kearah depan. Aku kalih kepala pulak kearah depan. Berdirilah seorang lelaki yang memakai baju melayu putih dengan sampin golden sekali dengan sepasang stoking hitam plus songkok hitam. Aku tengok atas. Muka dia ada iras english people sikit. Tapi mata dia agak sepet. Hidung dia mancung terletak. Pergh… memang handsomelah laki aku ni, cair usus aku dibuatnya. Dia pun duduk macam orang duduk antara dua sujud, pastu hulurkan tangan dia kat aku. Aku yang tengah blank, hulur jelah tangan kat dia. Terasa tangan dia sarungkan cincin kat jari aku. Terbeliak kejap mataku tengok cincin tu. Lip,lap,lip,lap…woh cincin dia. Silau mataku. Aku pun tunduk salam dan cium tangan dia. Aku dengar camera man cakap “stay” kat kitorang sebab nak amik gambar.

‘eii… berapa tahun aku kena salam tangan dia ni? Yang orang amik gambar ni takleh cepat sikit ke? Ni sampai 6 camera yang amik gambar kami. Sorang dahlah. Yang lain-lain tu bluetooth ah. Emm… patahlah tulang aku lepas ni. Yelah asyik tunduk je…’ sempat aku merungut, marahkan camera man tu.

“ok… boleh angkat kepala”, kata camera man tadi. Masa aku angkat kepala, aku terasa dahi aku dikucup lembut oleh Haridz. Pastu aku dengar lagi mat camera cakap “stay”. Aku pun diam dan kawal muka aku supaya nampak tenang dan happy je dalam gambar. Padahal dalam hati, dah nak meletup dah hati aku. Dah lah lambat si para camera ni amik gambar. Hai… berkesanlah kepala aku nanti dengan bentuk bibir si Haridz ni. Mana taknya aku rasa kepala aku berat sikit sebab dia sandarkan bibir dia kat kepala aku.

“ok… siap”, kata si camera man tadi. Ah!!! Akhirnya selesai sudah ucapara pembatalan wudhuk ni. Lama gila. Kalau nak tau, aku nyer dahi ngan Haridz nyer tangan dah jadi merah. Nasib tak tukar jadi biru je tadi. Aku pun bangkitlah dan gerak ngan lakiku ke meja makan yang disediakan untuk pengantin. Almaklumlah, kitorang nyer perkahwinan takde persandingan. Taknak kumpul dosa ngan fitnah, bak kata family aku. Aku pun ok jelah. Tapi memang betul pun apa yang dikata oleh family aku.

So dah habis makan beradab, aku disuruh oleh mak aku untuk pergi beramah-mesra dengan semua hadirin. So, aku pun pergilah beramah-mesra dengan semua hadirin. Tetamu yang datang hari ni ada lebih kurang seribu++ orang. Paham-paham jelah kalau kerabat kahwin camnekan? Sedunia dijemput. Nak-nak pulak dia ni cucu sultan. Dah habis meramah-mesra ngan semua orang, aku pun naik ngan dia kat atas untuk mandi. Belengas woh… badan aku. Mana taknya berpeluh dari tadi. Sebenarnya kitorang kahwin kat rumah Haridz tau. Mana nak muat rumah mummyku. Kalau dia buat kat rumah mummy, mahu explode rumah tu jadinya. Yelah dah terlalu sesak ngan manusia.

Aku mandi dulu, baru suamiku mandi. Aku pandang sekeliling bilik. Walah weh… lawa gila bilik dia. Nampak elegant bila lampu dia warna kuning. Dinding dia warna kuning cair. Pastu cadar dia pulak warna merah kain baldu bersulamkan benang emas bentuk flora. Sofa pun sama cuma bukan kain baldu. Carpet pun warna merah. Barang kayu pulak macam almari, meja tepi katil pulak warna kuning kemerah-merahan sikit.

Aku pun berjalan kearah almari dan sediakan baju untuk dia pakai. Yelah dah jadi isteri, kenalah sediakan baju suami betul tak? Aku taruk baju tu atas katil dan berjalan kearah sofa. Aku duduk jelah kat situ dan tunggu dia keluar dari bilik air. Aku dah mula menguap, yelah nikah waktu malam. Tadi aku ada jugak nak tolong mama, Tengku Azriana. tapi aku kena halau, dia suruh aku naik bilik dan jangan turun sampai besok pagi pukul 6.

Macam tau-tau je aku akan turun pada pukul 12 pagi. Yelah pukul 12 kan dah dikira sebagai keesokan harinya. Aku yang tengah syok berangan tu tersedar bila ada orang keluar daripada pintu tandas dan hanya bertuala. Pergh… sasa gila laki aku. Terserlah otot dia berketul-ketul kat lengan. Ada abs pulak tu. Tapi dia takde bulu kat dada. Hurm… my taste. Hari tu aku ada terbaca kalau lelaki takde bulu dada, maksudnya dia bersifat keanak-anakan, dan manja. Ntah iya ntah tidak, aku tak tau.
‘kenapa aku rasa ada orang perhatikan aku eh’, bisik hati Haridz. Dia sebenarnya tengah menuju ke katil sebab terpandangkan pyjama dia. Dia pun pandanglah dalam bilik. Sekali ternampak seorang perempuan berpakaian baju lengan panjang warna biru gelap sekali dengan tracksuit ngan tudung colour yang sama, duduk atas sofa sambil memandang ke arah dia tanpa berkelip. Dia pun berdehem nak menyedarkan perempuan itu.

“ehem…”, si Haridz berdehem.

Tersentak aku dibuatnya. Aku pun satu boleh pulak khayal sambil pandang badan dia. Aku pun pandang kearah muka dia yang sedang memakai pyjama yang aku sediakan. Dah siap berpakaian dia berjalan ke arah aku dan duduk di sofa sebelah aku. Aku pandang dia.

“kita nak guna kata ganti nama diri apa bila kita bercakap?”,tanyaku sebaik dia melabuhkan punggung dia disebelah aku.

“how about ‘abang-Mai’? do you agree with my suggestion?”, tanyanya kepadaku. Aku pun anggukkan kepala sambil berkata “okey”.

“emm… ab…abang, boleh Mai tanya soalan?”, tanyaku perlahan. Tergagap kejap nak panggil dia abang. Selama ni aku tak pernah menggelarkan seorang lelaki dengan panggilan abang. Kalau dengan waitress pun aku cakap “excuse me” eventhough hanya kat gerai mamak.

“ well, you have just done that”, jawabnya tanpa perasaan. Aku tau selama ni aku tak pernah pun sembang dengan dia. Cuma sekali je dia cakap ngan aku tu pun masa part yang aku tanya betul ke dia wujud?

“emm… okey, malam ni is our first night kan? So abang nak buat ke atau nak tangguh?”, soal ku berani.

“how about kita tangguh? Abang malaslah nak buat malam ni. Esok-esoklah.”, jawabnya masih dalam suara tanpa perasaan. Aku pun tengok muka dia yang nampak cold je. ‘eissyy… laki aku ni. Masa lahir dulu terlupa agaknya mama nak isikan perasaan dalam hati dia.’

“emm… okay…”, jawabku perlahan.

Aku terasa dia bangkit dari sofa dan bergerak ke arah almari yang ada buku-buku, dan mengambil satu buku dan bergerak ke arah katil. Dia pun baring dan bacalah buku dia. Aku kira tak sampai setengah page dia baca, dia angkat kepala dan paling ke arah aku. Aku pun pandang jelah dia.

“kenapa?”, tanyaku.

“Mai boleh bukak tudung. Kitakan dah jadi suami isteri. Nanti nak tido, tido je atas katil ni, tak yah tido atas sofa.”, dia cakap dalam nada tanpa perasaan jugak dan sambung balik pembacaan dia tadi. Macam tau-tau je aku nak tidur atas sofa ni.

Aku pun angguk jelah dan bergerak ke arah almari yang dikhaskan untuk baju aku. Dia punya almari ni ada dua tapi satu tu je pun dah boleh muatkan seekor gajah dewasa. Satu almari untuk dia dan satu almari untuk aku. Masa aku datang tadi, terperanjat jugak aku, tengok ada banyak baju perempuan sampaikan baju dalam. So aku tanyalah kat mama. Dia cakap semua baju tu adalah baju aku. Mama belikan untuk aku. Jadi beg yang aku bawa, aku simpan dalam tempat kosong dan biar jelah. Dah ada orang sponsor baju.

Aku pun tanggalkan tudung dan biarkan rambut aku yang masih lembab tu berkibar. Aku sidai tudung aku dalam almari. Aku perasan ada mata yang pandang aku. Aku buat bodoh jelah walaupun hakikatnya, aku terasa lain macam. Yelah aku mana pernah free hair depan laki bukan mahram aku. Aku pun amik novel yang aku bawak sekali, dan aku baring di sofa tadi. Aku pun baca jelah novel. Baru 10 page aku baca, aku dengar ada orang berdehem. Aku pun kalih kepala ke arah suara tu.

“abang dah nak tido. Mai still nak membaca ke? Kalau still nak baca. Bacalah tapi nanti tutup suis utama.”, kata si Haridz dengan nada biasa dia.

“tak pelah bang, Mai tido sekali.”, aku pun bergerak ke katil dan merebahkan badan aku sebelah dia. Takde lah rapat still ada space untuk seorang budak 10 tahun baring tengah kitorang. Dia pun tutup lampu utama dan pasang lampu tido.

“emm… abang, nanti kalau Mai tertido membelakangi abang, Mai mintak maaf eh?”, tanyaku bila dia dah kembali kepada keadaan berbaring. Dia cuma angguk dan tutup mata sambil mulut terkumat-kamit membaca doa dan tak sampai 5 minit aku terdengar dengkuran halus.

Aku pandang sekilas ke arah dia dan mula membaca doa. Tapi mata aku takleh nak lelap lagi. Yelah camne nak lelap kalau aku tak pernah lagi tidur ngan seorang lelaki setelah aku baligh. Even dengan ayah aku. Aku kalau nak menyemak tido dalam bilik mak aku. Aku hanya akan tido dengan mummy je dengan si goldilocks, kucing aku. Nama dia agak peliklah tapi sebenarnya nama dia tak tetap. Daripada nama asal dia baby kepada kibi, kepada kayaball dan sebagainya. Memang peliklah tapi dia comel. Dia sekor jelah kucing yang kitorang bela. Dia jantan tau. Sebab kitorang malas nak beli betina. Karang beranak, sapa nak jaga.

Kucing aku ni dulu ada mak, bapak ngan nenek. Tapi bapak dia mati selepas dia dah besar. Bapak dia mati sebab menghidapi penyakit leukemia. Agak peliklah bila dengar kucing kene leukemia. Tapi nak buat macam mana. kitorang tak tau dia menghidap penyakit leukemia, sebab selama ni sebab bila hantar kat klinik A, dia cakap kucing aku kene kencing batu karang. Ada satu masa tu kitorang gi kedah, ada kenduri kahwin 2 hari 1 malam. Pastu bila balik orang gaji kitorang cakap dia tak nak makan. Dulu kitorang ada orang gaji. Kitorang bawak balik gi klinik, dia cakap ‘there is no more hope, the only way is to put him to sleep’. Maksud dia inject kasi mati.

Kitorang dengar kesian pulak kucing aku ni, so tukar klinik bawak gi klinik B. doktor tu cakap dia bukan kene kencing batu karang tapi kene leukemia. Tak lama lepas tu dalam 2 minggu. Bapak goldilocks mati. Disebabkan masa bapak dia sakit masa jadikan dia, sekarang anak dia pulak kurang antibody. Pantang kena cakar confirm bernanah. Pastu yang jadi nurse dia akulah. Akulah yang kene rawat dia. Sampai satu stage dia fed up ngan aku seminggu dia merajuk dengan aku. Bila nampak aku keluar bilik dia menyorok. Bila nampak aku masuk bilik dia keluar rumah. Disebabkan aku takde adik beradik, dialah jadi adik aku. Dia buli aku( bila aku kacau dia), sampai bercalar-balar tangan dengan muka aku dibuatnya. Sekali pandang dah macam orang yang selalu kena dera. Pastu masa bila pulak aku buli dia? masa aku rawat dia and bagi makan ubat.

Tapi tu cerita sebelum aku fly gi harvard medic school 6 tahun lepas. Sekarang aku dah takde kucing. Dia pun dah mati. Yelah masa sebelum aku fly, pun umur dia dah 4 tahun. Dah tua dah. Sedih oh…Ntah macam mana ntah, last sekali mata aku terlelap gak.


‘hmm… tido pun akhirnya.’ Bisik hati Haridz sambil pandang ke arah isterinya. Lama Haridz tatap wajah isterinya yang putih, gebu dan comel. Muka pulak ada iras-iras jepun. Semakin lama dia pandang, timbul satu perasaan lain kepada isterinya. Ingin sekali dia belai wajah isterinya yang nampak polos ketika tidur. Ingin sekali dia cium wajah itu. Tanpa disedari, tangannya bergerak sendiri ke arah wajah isterinya. Ada lagi dalam 2cm, tangannya nak sentuh wajah isterinya, pantas dia tersedar.

‘Astaghfirullahhala’zim… Ya Allah, Kau perihalah diriku daripada nafsu yang bermaharajalela di dalam hatiku.’, bisik Haridz sambil memalingkan muka dan tangannya yang ingin menyentuh wajah polos isterinya.

‘tapi dia halal untuk kau, Ridz. Dia isteri kau. Tak salah kau nak menyentuh. Korang dah halal untuk bersama.’, bisik hati kecil Haridz, menyokong perbuatannya tadi.

‘tapi… aku tak sanggup. Aku mana pernah menyentuh perempuan bukan mahramku sebelum ni?’

‘but whatever it is… she is your wife. Akhir nanti, kau kena tunaikan jugak nafkah batin. Waktu tu mesti kau akan sentuh kulitnya, betul tak? Jadi apa masalahnya?’

‘betullah tu tapi… entahlah. Emm… tapi bila pandang, comel jugak isteri aku ni eh?’, hati Haridz berkocak hendak menyentuh kulit isterinya. Tapi entah kenapa, ada satu perasaan lain yang menghalang dia dari menyentuh isterinya. Akhirnya, Haridz membelakangi isterinya. Takut terjadi sesuatu perkara yang bukan-bukan. Tak lama kemudian, dia pun terlelap.

Thursday 1 December 2011

takpe-takpe! hari ni, hari kau, esok hari aku! 1

Bab1
Oleh: ~me~
“Sorry Azi, anak I baru keluar dari office. Dia kata dalam 1 jam baru dia sampai”, kata Puan Maryam kepada tetamunya. Dia baru sahaja menelefon anaknya dan mintak pulang secepat mungkin, kerana ada orang nak berjumpa dengannya. Bila ditanya kenapa nak berjumpa. Jawabnya, entah tak tau, tapi urgent.

“eh… takpe-takpe, kami boleh tunggu. Lagipun kami ni pun bukannya nak kemana-mana pun.”, jawab Tengku Azriana dengan lembut. Wajah anak lelaki, Tengku Haridz dan suaminya, Tengku Hanafi di sebelah di pandang sekilas.
*******************
Kurang 5 minit daripada waktu yang dijanjikan terdengar bunyi enjin kereta menderum memasuki kawasan halaman rumah setelah pintu pagar automatik dibuka. Serentak dengan itu 5 kepala yang terdapat didalam rumah berpaling ke pintu utama.

  Terlopong mulut Tengku Haridz apabila melihat sebuah kereta Ferrari merah yang bertinted hitam itu. Dalam fikirannya terbayang seorang perempuan yang berpakaian seperti jantan keluar daripada kereta itu. Yelah kalau dah bawak kereta yang berwarna garang macam tu, mesti orang yang bawak nyer pun macam tu. Tapi meleset sama sekali apa yang difikirkannya apabila ternampak seorang perempuan yang manis dan ayu bertudung pink bersama dengan baju kurung warna yang sama. Baju perempuan itu cukup menutup aurat. Tampak longgar dan tudungnya pun sama, labuh menetupi dadanya. Mukanya ada macam muka perempuan jepun sikit. Mata sepet. Hidung cute je ngan muka dia, dan bibir dia mugil merah kebasah-basahan.

‘walah weh… kereta punya garang, bawak macam pelesit sekali yang keluar perempuan muslimah…’, bisik hati Tengku Haridz.

“Assalamualaikum”, perempuan muslimah itu memberi salam apabila hendak memasuki rumah. Di tangannya terdapat sebuah kotak kek yang agak besar.

“Waalaikumussalam”, serentak 5 orang yang berada di dalam rumah menjawab. Meluru perempuan muslimah itu masuk dan menyalami mummy dan daddynya.

“ha… Mai, salam tetamu tu. Tu Tengku Azriana dan sebelah kiri dia tu anak sulung dia, Tengku Haridz dan sebelah kanan dia Tengku Hanafi, suami dia.”, Puan Maryam memperkenalkan tetamu kepada anaknya.

“apa khabar, aunty? Sihat?”, tanyaku ramah bila bersalam dengan Tengku Azriana. Tengku Azriana hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aku pun lemparkan senyuman kepada Tengku Hanafi dengan Tengku Haridz, dah takleh salam. Angguk jelah sebagai tanda hormat. Yelah takkan nak salam, bukan mahram, kalau aku buat jugak, mau aku kena sembelih ngan mak aku.

“Mai ni dari mana sebenarnya? Sampai perlu sejam nak sampai rumah?”, tanya Tengku Azriana.

“Saya baru balik dari pahang. Ada kerja sikit kat sana”, jawabku sopan.

“emm… patutlah.”, jawab Tengku Azriana. ‘kalau daripada pahang sampai kl, amik masa 55 minit, mau dia belasah sampai beratus kilometer sejam’. Sempat lagi hatinya mengata.

“kamu dari pahang? Buat apa?”, tanya mummy pulak.

“ada nak buat research sikit pasal penyakit baru”, jawabku tenang. Ai mummy ni nak suruh aku jadi patung ke? Aku asyik berdiri je dari tadi. Mana aku nak duduk eh? Takkan aku nak duduk sebelah mamat tu pulak. Tapi mamat tu handsomelah. Cair usus aku dibuatnya.

“emm… patutlah mummy bau badak je, bila kamu lalu depan mummy tadi.”, kata puan Maryam selamba.

‘Mak ai… mummy ni kalau ye pun nak kutuk aku janganlah depan tetamu. Eh, macam mana agaknya ye bau badak? Tak pernah tercapai dek akalku.’, kataku dalam hati. Aku pun apa lagi ciumlah bahu aku kiri dan kanan. Yelah dah kalau mummy cakap aku bau badak, buat malu je kalau betul. Cium punya cium.

“mana ada bau badak… yang ada bau chloroform je kat badan Mai. Eh… tapikan mummy macam mana bau badak eh? Tak pernah Mai terfikir.”, yang si Tengku ‘s’ (tiga-tiga tengku) boleh pulak senyum-senyum.

“Mai buat apa ngan chloroform? Bukan ke kalau nak buat operation kita guna bius?”, sampuk Tengku Azriana.

“o… saya tadi main (operate) dengan feline(kucing). Itu yang guna chloroform”, jawabku. Kalau nak tau aku ni sebenarnya cardiologist (sakit jantung nyer doktor).

“kamu buat apa sampai kena operate kucing?”, tanya Tengku Azriana. Hairan dia. Yelah takkanlah seorang cardiologist boleh bedah kucing… cardiologist kan bedah orang.

“saya nak cari result pasal heartworm(jantung bercacing). Sebenarnya baru lagi kes ni berlaku kat seorang manusia. Selama ni, tak pernah dengar pun berlaku dekat seorang manusia, biasanya berlaku dekat anjing. Jarang sangat berlaku kat kucing. Tu yang saya terperanjat bila dapat kes ni. Saya pun carilah penyelesaiannya.”

“tapikan kamu ni cardiologist… kenapa pulak kamu yang kena buat research?”

“saya part time kerja dengan WHO(world health organization),so saya ada tiket nak buat research, pasal kes yang berlaku sekarang, lagipun saya ada research degree. Almaklumlah, dah nak akhir zaman, makan pun tunggang-langgang, asyik makan fast food dengan process food je, then tak exercise regularly,itu yang timbul macam-macam penyakit baru tu.”

“emm… baru aunty faham.”, jawab Tengku Azriana sambil melemparkan senyuman. Aku kerling jam tangan aku.

“Aunty, uncle, mummy, daddy… Mai naik atas dulu eh. Nak mandi.”, kataku setelah membalas senyuman. Semua yang ada mengangguk je.

Aku pun apa lagi angkat kotak dan masuk dapur dulu. Keluarkan 5 biji chocolate souffle  yang mummy suruh aku beli tadi dan hidangkan kat atas coffee table, depan tetamu. Aku naik atas terus mandi. Dah siap pakai baju, tiba-tiba terdengar handphone aku berbunyi tanda message masuk. Mummy yang hantar message:

‘kamu masaklah apa-apa untuk makan malam. Dalam peti ais tu ada banyak lauk(ikan, ayam, daging dan sebagainya yang masih mentah). Mummy baru replenish. Masak banyak sikit, untuk tetamu sekali tau.’

Nilah ciri-ciri dalam keluarga aku. Malas nak naik tangga call ngan sms jelah bila nak cakap. aku pun menapaklah kedapur dan masak. Adalah dalam lebih kurang sejam aku masak. Aku hidangkan atas meja makan. Kitorang ni takde orang gaji. Aku pulak anak tunggal, takde adik-beradik. Jadi macam takde faedah nak pakai orang gaji. Mummy pulak masih kuat. Adalah sesekali aku tanya, nak pakai orang gaji tak? Mak aku punya jawapan, tak payah mummy larat lagi nak bersihkan rumah. So aku malas nak tanya soalan lebih-lebih. Diam jelah. Dah siap hidang makanan, aku pun jemput semua orang makan.

“emm… sedapnya. Kamu masak apa ni? Tak pernah aunty rasa.”, tanya Tengku Azriana. Seumur hidup dia tak pernah makan, makanan yang macam ni.

“saya masak ketchup chicken- chinese style, ngangkung goreng dan ikan kembung tiga rasa je aunty. Takde yang special pun”

“pandai kamu masak, sedap…”, jawab Tengku Azriana. Patutlah aku tengok dari tadi dia asyik menambah je. Aku setakat senyum jelah. Dah orang puji.

“Mai, boleh aunty tau bawah Mai ada berapa orang pesakit?”, tanya Tengku Azriana, memecahkan kebisuan di meja makan

“tak salah saya bawah saya ada 25 orang pesakit. Kenapa aunty?”, musykil jugak aku tiba-tiba dia tanya soalan bawah department aku.

“tak de… aunty saja tanya. Dalam 25 orang tu, berapa orang yang Islam?”, tanyanya sebelum menyuapkan makanan dalam mulut.

“dalam 15 orang. Yang lain semuanya non-muslim”, aku jwab. Aku nampak dia hanya menganggukkan kepala dia sikit masa aku jawab setiap soalan yang dia tanya.

“kalau kamu merawat pesakit. Kamu sentuh tak kulit orang bukan mahram kamu?”, tanyanya lagi.

“saya hanya akan sentuh jikalau saya tidak memakai glove dan dalam keadaan yang tak dapat dielakkan sahaja.”, jawabku sebelum sambung makan.

“tapikan orang yang admitted dalam wad kan sebelumnya jumpa kamu dahulu. Dan sudah pasti kamu akan mengambil pulse rate dia betul tak? Pasti ada berlakunya penyentuhan kulit”, tanyanya sambil meneruskan suapan.

“memang betul. Setiap kali saya berjumpa dengan orang saya akan mengambil pulse ratenya. Memandangkan saya bermain dengan jantung. Tapi aunty jangan salah anggap. Ketika saya sedang membuat rawatan, saya akan sentiasa memakai glove. Walaupun saya hanya nak mengambil pulse rate. Jadi tiada istilah saya akan menyentuh kulit orang bukan mahram saya ketika sedang melakukan rawatan”, jawabku tenang. Aku dah letak sudu garfu dalam pinggan dan tolak pinggan ke depan. Dah kenyang. Aku capai pulak mint ice-cream yang terletak sebelah aku, dan menyudunya. Kitorang kalau makan memang ada main dish dan dessert. Ice-cream ni sedap sikit boleh kurangkan rasa mual bila dah sudah makan.

“tetapi kamu tidak rasa ke nanti pesakit kamu akan rasa lain macam? Malah mesti ada setengah yang terasa hati apabila kamu menyentuhnya menggunakan glove. Mungkin di luaran kamu nampak tiada apa-apa. Tetapi di dalam hati siapa yang tahu. Betul tak? Mungkin ada setengah pesakit dia merasakan bahawa dirinya terlalu jijik sehinggakan seorang doktor pun menggunakan glove, walaupun hanya untuk melakukan rawatan asas.”, dia pun dah lakukan yang sama seperti aku.

“saya sedar akan perkara yang aunty cakapkan. Perkara asas yang saya akan lakukan apabila menemui pesakit saya yang melangkah memasuki bilik saya, saya akan menyalami pesakit itu dengan menggunakan glove. Eventhough pesakit yang hadir pada ketika itu adalah seorang perempuan Islam. Ketika saya menyalami pesakit itu, saya akan memberitahu bahawa saya menggunakan  glove  untuk menjaga kebersihan.

 Ya, memang saya akui menjadi seorang doktor saya akan menyentuh kulit bukan mahram saya, saya tau hukum yang jatuh ketika saya menemui pesakit adalah DARURAT, sebab itu saya dibenarkan menyentuh kulit mereka tetapi  di dalam konteks saya memakai glove adalah bertujuan untuk kebersihan. Walaupun hanya bersalam, kan sudah menjadi satu connection antara saya dan pesakit. Dan ketika itu, virus yang ada ditangan saya akan tersalur kepada pesakit itu.

Memang saya akan cuci tangan dahulu sebelum menemui pesakit. Tetapi saya tak boleh declare tangan saya bersih sentiasa. Mungkin sebelum saya menemui pesakit saya, saya ada terbersin atau terbatuk ataupun saya telah memegang benda lain yang terdapat virus dan bacteria. Jadi apabila saya menyentuh kulit pesakit itu virus ataupun bacteria akan tersalur kepada pesakit itu. Jadi secara tidak langsung, saya akan memperbanyakkan lagi sakit yang telah dihidapi oleh pesakit itu tadi”, jawabku tenang. Aku tahu satu permainan telah bermula.

“ok… apa pulak maksud kamu apabila kamu kata ‘dalam keadaan yang tak dapat dielakkan sahaja’?”, dia bertanya sebelum meneruskan makan ice-cream.

“analogi untuk ayat saya ucapkan tadi ialah, apabila saya sedang makan di restoran. Sudah pasti saya tidak membawa glove betul tak?  Tengah saya sedap makan. Tiba-tiba terdengar orang menjerit ‘tolong!tolong! Ada orang kena langgar!’ saya pun berjalan kearah orang yang menjerit tadi dan membantu dia. Perkara pertama yang saya lakukan, sudah pasti memeriksa nadi. Jadi ketika itulah saya akan menyentuh kulit orang lain yang bukan mahram. Itulah yang saya maksudkan dengan KEADAAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN”, jawabku sebelum menolak gelas desert yang dah licin ketepi.

“sebelum kamu melakukan sebuah operation kepada pesakit yang dalam keadaan 50-50. Apa yang akan kamu lakukan?”, tanya dia dan melakukan perkara yang sama sepertiku. Sebelum aku jawab soalan dia, sempat aku pandang orang lain yang macam dah tenggelam ke alam lain je. Dari tadi hanya aku ngan Tengku Azriana je yang bercakap. Aku tengok semua tengah makan dessert.

“sebelum saya melakukan operation, saya akan mengambil wudhuk dahulu, niat, membaca basmallah dan seterusnya menemui pesakit dan memintanya membuat wasiat.”

“maksud kamu dengan WASIAT? Tapi kenapa pulak kamu nak menyibuk dengan harta dia?”, tanya Tengku Azriana. aku yang mendengar senyum sahaja.

“maksud saya dengan wasiat di sini, bukan untuk harta tetapi amalan. Saya berani menyatakan dalam hidup seorang manusia biasa, sudah pasti sekali-sekala dia akan meninggalkan puasa. Jadi sudahkah dia ganti? Zakat pada tahun itu, sudahkah dia membayarnya? Haji pernahkah dia lakukan? Semua itu saya akan meminta pesakit memberitahu warisnya supaya mereka dapat menggantikan, sekiranya si pesakit ini mati ketika di dalam operation.”, jawabku sambil menyabung pandang dengan Tengku Azriana.

“sekiranya pesakit yang kamu rawati itu adalah seorang Islam, bagaimana kamu menjaganya?”, tanyanya sebelum minum air.

“ saya akan memberitahu dengan nurse yang menjaga mereka untuk mewudhukkan ataupun mentayamumkan pesakit itu supaya mereka boleh solat apabila masuknya waktu solat.”

“sekiranya pesakit itu koma?”

“saya akan meminta warisnya untuk mengajar si pesakit untuk solat. Mereka memang koma tetapi minda luar sedar mereka masih berfungsi. Sebelum saya meminta waris pesakit itu untuk mengajar, saya akan menilai dahulu adakah cukup syaratnya bagi pesakit itu untuk solat. Sekiranya dia dalam keadaan kotor kami akan membersihnya dahulu.”

“tidakkah kamu rasa apa yang kamu lakukan akan menyebabkan sesetengah orang ANNOYED?”, sengaja ditekankan perkataan annoyed tu.

“ya, saya akui. Ada setengah orang yang akan rasa annoyed tetapi saya tak kisah. Malah saya berasa puas kerana saya telah menjalankan tugas saya sebaiknya. Saya tak nak nanti apabila di akhirat kelak, saya akan ditanya kenapa saya tidak menjalankan tugas saya dengan amanah. Saya maksudkan dengan menjalankan tugas di sini kerana, yang menetukan pesakit ini dibenarkan untuk terkena air untuk wudhuk ataupun pesakit ini dibenarkan untuk berpuasa adalah saya. Saya taknak nanti ada orang yang menyalahkan saya kerana katanya saya tidak cakap pun bahawa mereka dibenarkan terkena air mahupun berpuasa.

 Saya taknak menggantungkan dosa mereka diatas bahu saya untuk saya pikul. Saya taknak nanti 4 orang lelaki ditarik memasuki neraka kerana saya. Siapa 4 orang lelaki itu? Mereka adalah suami, ayah, adik atau abang, dan anak lelaki saya. Sedangkan saya telah di didik dan saya telah menyertai satu forum akan apa yang perlu saya lakukan dan adab ketika saya merawati pesakit dan percayalah sebelum saya menjejakkan kaki ke dalam alam medik saya sudah tahu akan beban yang bakal saya pikul.”, jawabku. Aku perasan semua orang dah siap makan dan tolak pinggan ketepi. Aku pandang balik Tengku Azriana yang nampak macam berpuas hati. Ntah apa yang puas ntah. Dari tadi asyik tanya aku soalan je. Macam dalam interview pulak aku rasa.
*************

“Mai, sebenarnya tujuan aunty datang hari ni nak merisik dan meminang kamu. Aunty nak sangat Mai jadi menantu aunty. Aunty harap Mai terimalah pinangan aunty ni. Aunty dah terpikat nak bermenantukan Mai ni setelah aunty tanya banyak-banyak soalan tadi. Sebenarnya tadi aunty tanya soalan tu nak tau tahap mana agama Mai. Sorylah kalau Mai rasa annoyed”, Tengku Azriana memberitahuku setelah kami semua selesai makan malam. Dan setelah aku siap membasuh pinggan.

‘emm… patutlah tadi dia tanya aku banyak sangat soalan. Dahlah tanya macam detektif. Tanya pulak masa makan malam’, bisik hati kecilku.

“ tak pe aunty. Tapi aunty sebelum saya mengatakan terima atau tidak boleh saya tahu siapa anak lelaki aunty?”, tanyaku sopan.

“ni ha… sebelah aunty ni anak lelaki sulung aunty yang aunty nak satukan dengan kamu. Dia seorang je yang belum kahwin. Adik dia yang lagi dua orang dah kahwin. Umur dia baru 28. Tua 2 tahun je dari Mai. Namanya Tengku Haridz Hakkam.”, jawab Tengku Azriana sambil menuding jari kearah lelaki disebelah kiri dia.

‘oh… Tengku Haridz Hakkam nama dia. Tapi kenapa aku macam pernah dengar eh nama ni? Tengku Haridz Hakkam… Tengku Haridz Hakkam… Tengku Haridz Hakkam…’, bisik hatiku.

“ha!!! You Tengku Haridz Hakkam?”, tanyaku tiba-tiba sambil terus bangun dari kerusi yang aku duduki sambil menuding jari ke arah lelaki yang digelarkan sebagai Tengku Haridz Hakkam itu.

“haah…” jawab Tengku Haridz Hakkam perlahan.

“you existed? Biar betul !!!”, tanyaku lagi. Tapi kali ni dah duduk atas kerusi bila mummy dah tarik tangan aku untuk duduk.

“apa maksud Mai mengatakan anak aunty tak wujud?”, tanya Tengku Azriana pulak dengan dahi yang berkerut. ‘Ada ke dia kata anak aku tak wujud. Penat aku mengandungkan Ridz selama 9 bulan 10 hari, pastu jaga pulak dia selama 28 tahun tanpa henti. Boleh pulak budak ni cakap anak aku tak wujud’, gerutu Tengku Azriana dalam hati.

“err… takde papelah aunty. Saya terperanjat je tadi. Sorry for my bad behavior.”, kataku sambil menunduk. Malu woh… tiba-tiba menjerit. Boleh pulak kata anak orang tak wujud.

“emm… takpe. So Mai setuju tak?”, tanya Tengku Azriana. lembut pulak kali ni.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani, saya terima pinangan aunty.”, jawabku sambil menunduk.

“Alhamdulillah… lega aunty dengarnya. Sebenarnya aunty takdelah plan nak tunang kan kamu. Tapi apa pun ini cincin tanda. Dalam masa 3 minggu dari sekarang, kamu nikah.”, kata Tengku Azriana sambil menyerahkan kotak baldu warna biru kepada aku. Dalam masa yang sama Tengku Hanafi berjalan keluar untuk menelefon seseorang.

Aku yang dengar terkejut beruk jadinya. Biar betul dalam masa 3 minggu nikah. Mana aku nak cari baju, catering, jemput orang lagi. Aii… bakal mak mertua aku ni janganlah nak buat kerja gila…

“tapi Azi mana budak-budak ni cukup tangan nak buat semua benda”, mummy menyampuk.

“you jangan risaulah Maryam I tahulah nak buat macam mana. Mai, kamu tak payah nak buat apa-apa. Kamu tak payah nak risaukan pasal baju, catering dan sebagainya. Cuma esok aunty akan bagi kepada your mummy kad jemputan, nanti kamu edarkan. Ok?”, jawab Tengku Azriana bersemangat.

“Ha? Okey…”, jawabku perlahan. Sambil mengangguk lemah.