Sunday, 4 December 2011

takpe-takpe! hari ni, hari kau! esok hari aku! 2

Bab 2
Oleh: ~me~

“aku terima nikahnya, Nor Maisarah Binti Azri dengan mas kahwinnya RM 300.00 tunai.”, suara Haridz lantang menyambut akad yang di beri oleh tok kadi.

“sah?”

“Sah!”

“Sah!”

SAH? Maka kini aku telah pun menjadi milik lelaki ini dengan hanya sekali lafaz sahaja. Aku hanya menunduk sahaja. Orang kata control sopan, ayu depan semua orang.

Tiba-tiba aku rasa perut aku disiku perlahan. Aku kalih kepala ke kanan aku, mummy tunjuk kearah depan. Aku kalih kepala pulak kearah depan. Berdirilah seorang lelaki yang memakai baju melayu putih dengan sampin golden sekali dengan sepasang stoking hitam plus songkok hitam. Aku tengok atas. Muka dia ada iras english people sikit. Tapi mata dia agak sepet. Hidung dia mancung terletak. Pergh… memang handsomelah laki aku ni, cair usus aku dibuatnya. Dia pun duduk macam orang duduk antara dua sujud, pastu hulurkan tangan dia kat aku. Aku yang tengah blank, hulur jelah tangan kat dia. Terasa tangan dia sarungkan cincin kat jari aku. Terbeliak kejap mataku tengok cincin tu. Lip,lap,lip,lap…woh cincin dia. Silau mataku. Aku pun tunduk salam dan cium tangan dia. Aku dengar camera man cakap “stay” kat kitorang sebab nak amik gambar.

‘eii… berapa tahun aku kena salam tangan dia ni? Yang orang amik gambar ni takleh cepat sikit ke? Ni sampai 6 camera yang amik gambar kami. Sorang dahlah. Yang lain-lain tu bluetooth ah. Emm… patahlah tulang aku lepas ni. Yelah asyik tunduk je…’ sempat aku merungut, marahkan camera man tu.

“ok… boleh angkat kepala”, kata camera man tadi. Masa aku angkat kepala, aku terasa dahi aku dikucup lembut oleh Haridz. Pastu aku dengar lagi mat camera cakap “stay”. Aku pun diam dan kawal muka aku supaya nampak tenang dan happy je dalam gambar. Padahal dalam hati, dah nak meletup dah hati aku. Dah lah lambat si para camera ni amik gambar. Hai… berkesanlah kepala aku nanti dengan bentuk bibir si Haridz ni. Mana taknya aku rasa kepala aku berat sikit sebab dia sandarkan bibir dia kat kepala aku.

“ok… siap”, kata si camera man tadi. Ah!!! Akhirnya selesai sudah ucapara pembatalan wudhuk ni. Lama gila. Kalau nak tau, aku nyer dahi ngan Haridz nyer tangan dah jadi merah. Nasib tak tukar jadi biru je tadi. Aku pun bangkitlah dan gerak ngan lakiku ke meja makan yang disediakan untuk pengantin. Almaklumlah, kitorang nyer perkahwinan takde persandingan. Taknak kumpul dosa ngan fitnah, bak kata family aku. Aku pun ok jelah. Tapi memang betul pun apa yang dikata oleh family aku.

So dah habis makan beradab, aku disuruh oleh mak aku untuk pergi beramah-mesra dengan semua hadirin. So, aku pun pergilah beramah-mesra dengan semua hadirin. Tetamu yang datang hari ni ada lebih kurang seribu++ orang. Paham-paham jelah kalau kerabat kahwin camnekan? Sedunia dijemput. Nak-nak pulak dia ni cucu sultan. Dah habis meramah-mesra ngan semua orang, aku pun naik ngan dia kat atas untuk mandi. Belengas woh… badan aku. Mana taknya berpeluh dari tadi. Sebenarnya kitorang kahwin kat rumah Haridz tau. Mana nak muat rumah mummyku. Kalau dia buat kat rumah mummy, mahu explode rumah tu jadinya. Yelah dah terlalu sesak ngan manusia.

Aku mandi dulu, baru suamiku mandi. Aku pandang sekeliling bilik. Walah weh… lawa gila bilik dia. Nampak elegant bila lampu dia warna kuning. Dinding dia warna kuning cair. Pastu cadar dia pulak warna merah kain baldu bersulamkan benang emas bentuk flora. Sofa pun sama cuma bukan kain baldu. Carpet pun warna merah. Barang kayu pulak macam almari, meja tepi katil pulak warna kuning kemerah-merahan sikit.

Aku pun berjalan kearah almari dan sediakan baju untuk dia pakai. Yelah dah jadi isteri, kenalah sediakan baju suami betul tak? Aku taruk baju tu atas katil dan berjalan kearah sofa. Aku duduk jelah kat situ dan tunggu dia keluar dari bilik air. Aku dah mula menguap, yelah nikah waktu malam. Tadi aku ada jugak nak tolong mama, Tengku Azriana. tapi aku kena halau, dia suruh aku naik bilik dan jangan turun sampai besok pagi pukul 6.

Macam tau-tau je aku akan turun pada pukul 12 pagi. Yelah pukul 12 kan dah dikira sebagai keesokan harinya. Aku yang tengah syok berangan tu tersedar bila ada orang keluar daripada pintu tandas dan hanya bertuala. Pergh… sasa gila laki aku. Terserlah otot dia berketul-ketul kat lengan. Ada abs pulak tu. Tapi dia takde bulu kat dada. Hurm… my taste. Hari tu aku ada terbaca kalau lelaki takde bulu dada, maksudnya dia bersifat keanak-anakan, dan manja. Ntah iya ntah tidak, aku tak tau.
‘kenapa aku rasa ada orang perhatikan aku eh’, bisik hati Haridz. Dia sebenarnya tengah menuju ke katil sebab terpandangkan pyjama dia. Dia pun pandanglah dalam bilik. Sekali ternampak seorang perempuan berpakaian baju lengan panjang warna biru gelap sekali dengan tracksuit ngan tudung colour yang sama, duduk atas sofa sambil memandang ke arah dia tanpa berkelip. Dia pun berdehem nak menyedarkan perempuan itu.

“ehem…”, si Haridz berdehem.

Tersentak aku dibuatnya. Aku pun satu boleh pulak khayal sambil pandang badan dia. Aku pun pandang kearah muka dia yang sedang memakai pyjama yang aku sediakan. Dah siap berpakaian dia berjalan ke arah aku dan duduk di sofa sebelah aku. Aku pandang dia.

“kita nak guna kata ganti nama diri apa bila kita bercakap?”,tanyaku sebaik dia melabuhkan punggung dia disebelah aku.

“how about ‘abang-Mai’? do you agree with my suggestion?”, tanyanya kepadaku. Aku pun anggukkan kepala sambil berkata “okey”.

“emm… ab…abang, boleh Mai tanya soalan?”, tanyaku perlahan. Tergagap kejap nak panggil dia abang. Selama ni aku tak pernah menggelarkan seorang lelaki dengan panggilan abang. Kalau dengan waitress pun aku cakap “excuse me” eventhough hanya kat gerai mamak.

“ well, you have just done that”, jawabnya tanpa perasaan. Aku tau selama ni aku tak pernah pun sembang dengan dia. Cuma sekali je dia cakap ngan aku tu pun masa part yang aku tanya betul ke dia wujud?

“emm… okey, malam ni is our first night kan? So abang nak buat ke atau nak tangguh?”, soal ku berani.

“how about kita tangguh? Abang malaslah nak buat malam ni. Esok-esoklah.”, jawabnya masih dalam suara tanpa perasaan. Aku pun tengok muka dia yang nampak cold je. ‘eissyy… laki aku ni. Masa lahir dulu terlupa agaknya mama nak isikan perasaan dalam hati dia.’

“emm… okay…”, jawabku perlahan.

Aku terasa dia bangkit dari sofa dan bergerak ke arah almari yang ada buku-buku, dan mengambil satu buku dan bergerak ke arah katil. Dia pun baring dan bacalah buku dia. Aku kira tak sampai setengah page dia baca, dia angkat kepala dan paling ke arah aku. Aku pun pandang jelah dia.

“kenapa?”, tanyaku.

“Mai boleh bukak tudung. Kitakan dah jadi suami isteri. Nanti nak tido, tido je atas katil ni, tak yah tido atas sofa.”, dia cakap dalam nada tanpa perasaan jugak dan sambung balik pembacaan dia tadi. Macam tau-tau je aku nak tidur atas sofa ni.

Aku pun angguk jelah dan bergerak ke arah almari yang dikhaskan untuk baju aku. Dia punya almari ni ada dua tapi satu tu je pun dah boleh muatkan seekor gajah dewasa. Satu almari untuk dia dan satu almari untuk aku. Masa aku datang tadi, terperanjat jugak aku, tengok ada banyak baju perempuan sampaikan baju dalam. So aku tanyalah kat mama. Dia cakap semua baju tu adalah baju aku. Mama belikan untuk aku. Jadi beg yang aku bawa, aku simpan dalam tempat kosong dan biar jelah. Dah ada orang sponsor baju.

Aku pun tanggalkan tudung dan biarkan rambut aku yang masih lembab tu berkibar. Aku sidai tudung aku dalam almari. Aku perasan ada mata yang pandang aku. Aku buat bodoh jelah walaupun hakikatnya, aku terasa lain macam. Yelah aku mana pernah free hair depan laki bukan mahram aku. Aku pun amik novel yang aku bawak sekali, dan aku baring di sofa tadi. Aku pun baca jelah novel. Baru 10 page aku baca, aku dengar ada orang berdehem. Aku pun kalih kepala ke arah suara tu.

“abang dah nak tido. Mai still nak membaca ke? Kalau still nak baca. Bacalah tapi nanti tutup suis utama.”, kata si Haridz dengan nada biasa dia.

“tak pelah bang, Mai tido sekali.”, aku pun bergerak ke katil dan merebahkan badan aku sebelah dia. Takde lah rapat still ada space untuk seorang budak 10 tahun baring tengah kitorang. Dia pun tutup lampu utama dan pasang lampu tido.

“emm… abang, nanti kalau Mai tertido membelakangi abang, Mai mintak maaf eh?”, tanyaku bila dia dah kembali kepada keadaan berbaring. Dia cuma angguk dan tutup mata sambil mulut terkumat-kamit membaca doa dan tak sampai 5 minit aku terdengar dengkuran halus.

Aku pandang sekilas ke arah dia dan mula membaca doa. Tapi mata aku takleh nak lelap lagi. Yelah camne nak lelap kalau aku tak pernah lagi tidur ngan seorang lelaki setelah aku baligh. Even dengan ayah aku. Aku kalau nak menyemak tido dalam bilik mak aku. Aku hanya akan tido dengan mummy je dengan si goldilocks, kucing aku. Nama dia agak peliklah tapi sebenarnya nama dia tak tetap. Daripada nama asal dia baby kepada kibi, kepada kayaball dan sebagainya. Memang peliklah tapi dia comel. Dia sekor jelah kucing yang kitorang bela. Dia jantan tau. Sebab kitorang malas nak beli betina. Karang beranak, sapa nak jaga.

Kucing aku ni dulu ada mak, bapak ngan nenek. Tapi bapak dia mati selepas dia dah besar. Bapak dia mati sebab menghidapi penyakit leukemia. Agak peliklah bila dengar kucing kene leukemia. Tapi nak buat macam mana. kitorang tak tau dia menghidap penyakit leukemia, sebab selama ni sebab bila hantar kat klinik A, dia cakap kucing aku kene kencing batu karang. Ada satu masa tu kitorang gi kedah, ada kenduri kahwin 2 hari 1 malam. Pastu bila balik orang gaji kitorang cakap dia tak nak makan. Dulu kitorang ada orang gaji. Kitorang bawak balik gi klinik, dia cakap ‘there is no more hope, the only way is to put him to sleep’. Maksud dia inject kasi mati.

Kitorang dengar kesian pulak kucing aku ni, so tukar klinik bawak gi klinik B. doktor tu cakap dia bukan kene kencing batu karang tapi kene leukemia. Tak lama lepas tu dalam 2 minggu. Bapak goldilocks mati. Disebabkan masa bapak dia sakit masa jadikan dia, sekarang anak dia pulak kurang antibody. Pantang kena cakar confirm bernanah. Pastu yang jadi nurse dia akulah. Akulah yang kene rawat dia. Sampai satu stage dia fed up ngan aku seminggu dia merajuk dengan aku. Bila nampak aku keluar bilik dia menyorok. Bila nampak aku masuk bilik dia keluar rumah. Disebabkan aku takde adik beradik, dialah jadi adik aku. Dia buli aku( bila aku kacau dia), sampai bercalar-balar tangan dengan muka aku dibuatnya. Sekali pandang dah macam orang yang selalu kena dera. Pastu masa bila pulak aku buli dia? masa aku rawat dia and bagi makan ubat.

Tapi tu cerita sebelum aku fly gi harvard medic school 6 tahun lepas. Sekarang aku dah takde kucing. Dia pun dah mati. Yelah masa sebelum aku fly, pun umur dia dah 4 tahun. Dah tua dah. Sedih oh…Ntah macam mana ntah, last sekali mata aku terlelap gak.


‘hmm… tido pun akhirnya.’ Bisik hati Haridz sambil pandang ke arah isterinya. Lama Haridz tatap wajah isterinya yang putih, gebu dan comel. Muka pulak ada iras-iras jepun. Semakin lama dia pandang, timbul satu perasaan lain kepada isterinya. Ingin sekali dia belai wajah isterinya yang nampak polos ketika tidur. Ingin sekali dia cium wajah itu. Tanpa disedari, tangannya bergerak sendiri ke arah wajah isterinya. Ada lagi dalam 2cm, tangannya nak sentuh wajah isterinya, pantas dia tersedar.

‘Astaghfirullahhala’zim… Ya Allah, Kau perihalah diriku daripada nafsu yang bermaharajalela di dalam hatiku.’, bisik Haridz sambil memalingkan muka dan tangannya yang ingin menyentuh wajah polos isterinya.

‘tapi dia halal untuk kau, Ridz. Dia isteri kau. Tak salah kau nak menyentuh. Korang dah halal untuk bersama.’, bisik hati kecil Haridz, menyokong perbuatannya tadi.

‘tapi… aku tak sanggup. Aku mana pernah menyentuh perempuan bukan mahramku sebelum ni?’

‘but whatever it is… she is your wife. Akhir nanti, kau kena tunaikan jugak nafkah batin. Waktu tu mesti kau akan sentuh kulitnya, betul tak? Jadi apa masalahnya?’

‘betullah tu tapi… entahlah. Emm… tapi bila pandang, comel jugak isteri aku ni eh?’, hati Haridz berkocak hendak menyentuh kulit isterinya. Tapi entah kenapa, ada satu perasaan lain yang menghalang dia dari menyentuh isterinya. Akhirnya, Haridz membelakangi isterinya. Takut terjadi sesuatu perkara yang bukan-bukan. Tak lama kemudian, dia pun terlelap.

No comments:

Post a Comment