Friday 6 January 2012

kisah takpe2 ari ni ari kau, esok ari aku..

salam, saya nak mintak maaf kepada setiap pembaca sbb saya bru je dpat idea,  jd, saya tgh dlam proses nak menyiapkan next post.. sorry tau.. anyway, thanks korang sbb sentiasa beri support kat novel bersiri saya..
peace..  :)

Thursday 29 December 2011

bila ikan jd anjing..

kau kenapa?!!! nak penyepak ke? 2

Aku duduk atas kerusi yang dikhaskan untuk aku dalam bilik persendirian aku(bilik doktor specialists yang biasa kita masuk nak terima rawatan tu). Aku capai handphone, bila aku terasa handphone aku bergegar. Biasalah, dalam hospitalkan, ada signboard yang tulis ‘please silent/off your handphone’. Tertera dekat skrin ‘Private Number’. Nilah orang zaman sekarang, walaupun telefon doktor pun guna private number. Buatnya, aku tak terdengar nombor rumah dia betul-betul, macam mana aku nak call balik?

“Assalamualaikum, helo”, mukadimah aku hulurkan buat pemanggil setelah aku tekan punat hijau.

“Waalaikummussalam, sayang. Ni mama. Sayang kat mana ni? Sekarang dah pukul 5.31petang”, jawab si pemanggil. aku lirik jam tangan aku. alamak mampus. Aku dah lambat.

“ alamak… sory mama. Mai terlupa. Emm… mama bagi Mai 30 minit. Nanti Mai sampai”, jawabku sambil tangan dah mula menari mengamas barang.

“ok… jangan lambat eh. Mama tunggu. Assalamualaikum”, terus mama hang up.

“ Waalaikummussalam”, jawabku. Ya Allah macam mana aku boleh tak sedar sekarang dah pukul 5.30. mati… tapi kat mana butik tu eh? Aku capai handphone yang aku taruk atas meja dan bukak message.

‘salam. Mai ni mama. Kamu pergi kedai the teapot café. Dekat ss2, petaling jaya. Jumpa dekat situ. K…’

Mak ai… ss2? Aku dahlah dekat Puchong. Nak pergi sana aku kena lalu Damansara. Jam o… orang baru balik dari kerja. Aduh… aku pulak pergi cakap dalam masa 30 minit. Argh… redah jelah. Aku kemas meja dan blah.  Masuk kereta, start engine dan speed.
@@@@@

Kurang seminit daripada waktu yang dijanjikan, aku dah sampai depan The Teapot Café. Bayangkanlah, berapa ratus km/h aku bedal. Aku melangkah masuk dalam kedai tu. Ramainya orang. Mana mama ni? Tiba-tiba, aku dicuit dari belakang.

“kau pahal lambat? Mama kata semalam pukul 5.30 kan? Sekarang dah pukul 6 tau tak?”, marah Haridz. Nasib suara dia tak kuat sangat. Kalau tak, malu siot.

“sorylah, tadi aku lawat patient, aku tak sedar dah pukul 5.30. Tadi aku dah bagitau mama, aku datang lambat 30 minit”, jawabku dalam keadaan menekur lantai.

“ dah kau tak payah nak pandang kau punya kasut. Tak lawa pun. Jom, mama dah tunggu dekat butik. Kau naik kereta aku”

“ abis tu, kereta aku?”, tanyaku pada Haridz. Takkan aku nak tinggalkan kereta aku dekat sini. Dibuatnya kena rompak. Naya. Dahlah Ferrari hitam ni kereta yang daddy belikan untuk aku masa birthday aku yang ke-18.

“em… kau bawaklah kereta kau. Kita convoy”,jawab Haridz dan masuk kedalam kereta BMW X6. Kereta dia sebelah kereta aku rupanya.
@@@@@@

“mama… sorry Mai lambat. Mai terlupa”, kataku sebaik sahaja ternampak mama yang tengah bercakap dengan seorang perempuan. Tangan kuhulurkan untuk bersalam.

“tak pe. Ha… Macy nilah bakal menantu I”, aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan Macy.

“so… this is Mai? Beautiful. Mix blood eh?”, tanya Macy kepadaku.

“yup. Japanese+Malay”, jawabku sambil tersenyum. Macy terus membawaku ke belakang untuk mencuba beberapa baju yang disediakan.
@@@@@@

Haridz yang duduk di ruang tamu rumahnya, nampak resah-gelisah. Shaffie mendekati rakannya yang sedang duduk atas cushion di atas lantai. Menggeleng kepalanya melihat keadaan kawannya itu. Dengan kipas menghala ke arah dia je, mulut asyik terkumat-kamit, sekejap angkat kepala, sekejap tunduk. Macam orang kena demam kura.

“ kau pahal? Macam mati bini je?”, tanya Shaffie kepada rakan sekolahnya.

“eisy, mulut… aku nikah pun belum, nak mati bini apanya?”jawab Haridz.

“dah tu… yang kau gabra sangat ni kenapa? Dengan kipas menghala ke arah kau je. Sedangkan rumah kau ni dah dilengkapi oleh air-cond. Takkan panas sangat? Hari kat luar mendung je”.

“kau jangan banyak bunyi, kau belum lagi rasa apa yang aku rasa. Bila kau kena, baru kau tahu, apa rasanya bila melalui saat ini”.

“ apa yang kau nak cuakkan sangat? Kalau aku jadi kau, aku bukannya duduk macam kaulah. Aku confirm gembira. Lepas ni hidup berteman”.

“dah diam… tok kadi dah sampai tu”, kata Haridz sebaik melihat seorang lelaki tua berserban diescort oleh seorang lagi lelaki tua bersama dengan daddynya.

“kamu dah sedia dah?”, tanya tok kadi pada Haridz.

“dah tok”, jawabnya ringkas.

“kalau macam tu kita mulakan upacaralah ye. Tapi sebelum tu sesiapa ada tissue tolong beri kepada kami sehelai”, kata tok kadi lagi. Seorang wanita menghulurkan sekotak tissue premier kepada tok kadi.

“kamu amik tissue ni. Lap peluh kamu. Dah macam orang berlari 600km je. Awat, hang baru balik dari marathon ka?”, kata tok kadi dan menyerahkan sehelai tissue kepada Haridz. Haridz menarik sehelai tissue dan melapkan peluhnya yang dah menitik. Seram o… mengahadapi situasi ini.

“ok. Kita mulakan sekarang”,kata tok kadi dan mula membaca beberapa potongan surah dan beberapa hadis nabi.
@@@@@@@

“weh, tadi aku dengar ada orang baru balik dari marathon”, kataku pada Haridz setelah kami masuk kedalam bilik. Aku tanggalkan tudung, panas. Aku berjalan ke arah sofa dan melabuhkan punggung di situ. Letih tak payah cakaplah. Walaupun menggunakan khidmat catering, hanya menikah dan tidak bersanding, still letih. Mana tak letih? Puaslah aku dengan Haridz menapak dari satu khemah ke satu khemah yang lain. Bersalam dan tersenyum. Naik kejang pipi aku.

“kau diamlah. Kau apa tau. Aku yang kena jawab ijab dan qabul. Bukannya kau”, sanggah Haridz. Dia menarik pdanya dan melabuhkan punggung di sebelah isterinya. saat dia terpandang muka isterinya, baru dia terperasan bahawa isterinya tidak memakai tudung. Cantik.

“lawa gak rambut hang”, katanya sambil menarik rambutku yang ku ikat pony tail. Senget kepalaku bila dia menarik rambutku.

“sakitlah, mangkuk”, Haridz hanya tersengih. Haridz bersandar di hujung sofa dan kakinya diletak di atas riba isterinya.

“wah… main kasar nampak? Kau ingat, aku ni tempat letak kaki?”,kakinya kutolak. Tapi sikit pun tak jatuh. Dia menekan kakinya di atas pehaku.

“eh, bukan ke? Aku ingatkan tadi tempat letak kaki. Anyway, picit kaki aku. penat kakiku, berjalan dari satu khemah ke satu khemah yang lain”, sengaja kakinya digoyangkan. Sakit hati betul, aku dengan mamat ni.

“pahal pulak, aku kena picit? Dah tepi, berat tau tak kaki kau”

“I don’t care, kau dah jadi wife aku, so semua arahan suami perlu diikut. Kecuali, arahan yang melampaui batasan. So sila menjalankan kerja anda dengan baik dan sila ikhlaskan hati anda, sekiranya anda hendak mendapat pahala”katanya sambil bermain dengan pda.