Thursday, 1 December 2011

takpe-takpe! hari ni, hari kau, esok hari aku! 1

Bab1
Oleh: ~me~
“Sorry Azi, anak I baru keluar dari office. Dia kata dalam 1 jam baru dia sampai”, kata Puan Maryam kepada tetamunya. Dia baru sahaja menelefon anaknya dan mintak pulang secepat mungkin, kerana ada orang nak berjumpa dengannya. Bila ditanya kenapa nak berjumpa. Jawabnya, entah tak tau, tapi urgent.

“eh… takpe-takpe, kami boleh tunggu. Lagipun kami ni pun bukannya nak kemana-mana pun.”, jawab Tengku Azriana dengan lembut. Wajah anak lelaki, Tengku Haridz dan suaminya, Tengku Hanafi di sebelah di pandang sekilas.
*******************
Kurang 5 minit daripada waktu yang dijanjikan terdengar bunyi enjin kereta menderum memasuki kawasan halaman rumah setelah pintu pagar automatik dibuka. Serentak dengan itu 5 kepala yang terdapat didalam rumah berpaling ke pintu utama.

  Terlopong mulut Tengku Haridz apabila melihat sebuah kereta Ferrari merah yang bertinted hitam itu. Dalam fikirannya terbayang seorang perempuan yang berpakaian seperti jantan keluar daripada kereta itu. Yelah kalau dah bawak kereta yang berwarna garang macam tu, mesti orang yang bawak nyer pun macam tu. Tapi meleset sama sekali apa yang difikirkannya apabila ternampak seorang perempuan yang manis dan ayu bertudung pink bersama dengan baju kurung warna yang sama. Baju perempuan itu cukup menutup aurat. Tampak longgar dan tudungnya pun sama, labuh menetupi dadanya. Mukanya ada macam muka perempuan jepun sikit. Mata sepet. Hidung cute je ngan muka dia, dan bibir dia mugil merah kebasah-basahan.

‘walah weh… kereta punya garang, bawak macam pelesit sekali yang keluar perempuan muslimah…’, bisik hati Tengku Haridz.

“Assalamualaikum”, perempuan muslimah itu memberi salam apabila hendak memasuki rumah. Di tangannya terdapat sebuah kotak kek yang agak besar.

“Waalaikumussalam”, serentak 5 orang yang berada di dalam rumah menjawab. Meluru perempuan muslimah itu masuk dan menyalami mummy dan daddynya.

“ha… Mai, salam tetamu tu. Tu Tengku Azriana dan sebelah kiri dia tu anak sulung dia, Tengku Haridz dan sebelah kanan dia Tengku Hanafi, suami dia.”, Puan Maryam memperkenalkan tetamu kepada anaknya.

“apa khabar, aunty? Sihat?”, tanyaku ramah bila bersalam dengan Tengku Azriana. Tengku Azriana hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aku pun lemparkan senyuman kepada Tengku Hanafi dengan Tengku Haridz, dah takleh salam. Angguk jelah sebagai tanda hormat. Yelah takkan nak salam, bukan mahram, kalau aku buat jugak, mau aku kena sembelih ngan mak aku.

“Mai ni dari mana sebenarnya? Sampai perlu sejam nak sampai rumah?”, tanya Tengku Azriana.

“Saya baru balik dari pahang. Ada kerja sikit kat sana”, jawabku sopan.

“emm… patutlah.”, jawab Tengku Azriana. ‘kalau daripada pahang sampai kl, amik masa 55 minit, mau dia belasah sampai beratus kilometer sejam’. Sempat lagi hatinya mengata.

“kamu dari pahang? Buat apa?”, tanya mummy pulak.

“ada nak buat research sikit pasal penyakit baru”, jawabku tenang. Ai mummy ni nak suruh aku jadi patung ke? Aku asyik berdiri je dari tadi. Mana aku nak duduk eh? Takkan aku nak duduk sebelah mamat tu pulak. Tapi mamat tu handsomelah. Cair usus aku dibuatnya.

“emm… patutlah mummy bau badak je, bila kamu lalu depan mummy tadi.”, kata puan Maryam selamba.

‘Mak ai… mummy ni kalau ye pun nak kutuk aku janganlah depan tetamu. Eh, macam mana agaknya ye bau badak? Tak pernah tercapai dek akalku.’, kataku dalam hati. Aku pun apa lagi ciumlah bahu aku kiri dan kanan. Yelah dah kalau mummy cakap aku bau badak, buat malu je kalau betul. Cium punya cium.

“mana ada bau badak… yang ada bau chloroform je kat badan Mai. Eh… tapikan mummy macam mana bau badak eh? Tak pernah Mai terfikir.”, yang si Tengku ‘s’ (tiga-tiga tengku) boleh pulak senyum-senyum.

“Mai buat apa ngan chloroform? Bukan ke kalau nak buat operation kita guna bius?”, sampuk Tengku Azriana.

“o… saya tadi main (operate) dengan feline(kucing). Itu yang guna chloroform”, jawabku. Kalau nak tau aku ni sebenarnya cardiologist (sakit jantung nyer doktor).

“kamu buat apa sampai kena operate kucing?”, tanya Tengku Azriana. Hairan dia. Yelah takkanlah seorang cardiologist boleh bedah kucing… cardiologist kan bedah orang.

“saya nak cari result pasal heartworm(jantung bercacing). Sebenarnya baru lagi kes ni berlaku kat seorang manusia. Selama ni, tak pernah dengar pun berlaku dekat seorang manusia, biasanya berlaku dekat anjing. Jarang sangat berlaku kat kucing. Tu yang saya terperanjat bila dapat kes ni. Saya pun carilah penyelesaiannya.”

“tapikan kamu ni cardiologist… kenapa pulak kamu yang kena buat research?”

“saya part time kerja dengan WHO(world health organization),so saya ada tiket nak buat research, pasal kes yang berlaku sekarang, lagipun saya ada research degree. Almaklumlah, dah nak akhir zaman, makan pun tunggang-langgang, asyik makan fast food dengan process food je, then tak exercise regularly,itu yang timbul macam-macam penyakit baru tu.”

“emm… baru aunty faham.”, jawab Tengku Azriana sambil melemparkan senyuman. Aku kerling jam tangan aku.

“Aunty, uncle, mummy, daddy… Mai naik atas dulu eh. Nak mandi.”, kataku setelah membalas senyuman. Semua yang ada mengangguk je.

Aku pun apa lagi angkat kotak dan masuk dapur dulu. Keluarkan 5 biji chocolate souffle  yang mummy suruh aku beli tadi dan hidangkan kat atas coffee table, depan tetamu. Aku naik atas terus mandi. Dah siap pakai baju, tiba-tiba terdengar handphone aku berbunyi tanda message masuk. Mummy yang hantar message:

‘kamu masaklah apa-apa untuk makan malam. Dalam peti ais tu ada banyak lauk(ikan, ayam, daging dan sebagainya yang masih mentah). Mummy baru replenish. Masak banyak sikit, untuk tetamu sekali tau.’

Nilah ciri-ciri dalam keluarga aku. Malas nak naik tangga call ngan sms jelah bila nak cakap. aku pun menapaklah kedapur dan masak. Adalah dalam lebih kurang sejam aku masak. Aku hidangkan atas meja makan. Kitorang ni takde orang gaji. Aku pulak anak tunggal, takde adik-beradik. Jadi macam takde faedah nak pakai orang gaji. Mummy pulak masih kuat. Adalah sesekali aku tanya, nak pakai orang gaji tak? Mak aku punya jawapan, tak payah mummy larat lagi nak bersihkan rumah. So aku malas nak tanya soalan lebih-lebih. Diam jelah. Dah siap hidang makanan, aku pun jemput semua orang makan.

“emm… sedapnya. Kamu masak apa ni? Tak pernah aunty rasa.”, tanya Tengku Azriana. Seumur hidup dia tak pernah makan, makanan yang macam ni.

“saya masak ketchup chicken- chinese style, ngangkung goreng dan ikan kembung tiga rasa je aunty. Takde yang special pun”

“pandai kamu masak, sedap…”, jawab Tengku Azriana. Patutlah aku tengok dari tadi dia asyik menambah je. Aku setakat senyum jelah. Dah orang puji.

“Mai, boleh aunty tau bawah Mai ada berapa orang pesakit?”, tanya Tengku Azriana, memecahkan kebisuan di meja makan

“tak salah saya bawah saya ada 25 orang pesakit. Kenapa aunty?”, musykil jugak aku tiba-tiba dia tanya soalan bawah department aku.

“tak de… aunty saja tanya. Dalam 25 orang tu, berapa orang yang Islam?”, tanyanya sebelum menyuapkan makanan dalam mulut.

“dalam 15 orang. Yang lain semuanya non-muslim”, aku jwab. Aku nampak dia hanya menganggukkan kepala dia sikit masa aku jawab setiap soalan yang dia tanya.

“kalau kamu merawat pesakit. Kamu sentuh tak kulit orang bukan mahram kamu?”, tanyanya lagi.

“saya hanya akan sentuh jikalau saya tidak memakai glove dan dalam keadaan yang tak dapat dielakkan sahaja.”, jawabku sebelum sambung makan.

“tapikan orang yang admitted dalam wad kan sebelumnya jumpa kamu dahulu. Dan sudah pasti kamu akan mengambil pulse rate dia betul tak? Pasti ada berlakunya penyentuhan kulit”, tanyanya sambil meneruskan suapan.

“memang betul. Setiap kali saya berjumpa dengan orang saya akan mengambil pulse ratenya. Memandangkan saya bermain dengan jantung. Tapi aunty jangan salah anggap. Ketika saya sedang membuat rawatan, saya akan sentiasa memakai glove. Walaupun saya hanya nak mengambil pulse rate. Jadi tiada istilah saya akan menyentuh kulit orang bukan mahram saya ketika sedang melakukan rawatan”, jawabku tenang. Aku dah letak sudu garfu dalam pinggan dan tolak pinggan ke depan. Dah kenyang. Aku capai pulak mint ice-cream yang terletak sebelah aku, dan menyudunya. Kitorang kalau makan memang ada main dish dan dessert. Ice-cream ni sedap sikit boleh kurangkan rasa mual bila dah sudah makan.

“tetapi kamu tidak rasa ke nanti pesakit kamu akan rasa lain macam? Malah mesti ada setengah yang terasa hati apabila kamu menyentuhnya menggunakan glove. Mungkin di luaran kamu nampak tiada apa-apa. Tetapi di dalam hati siapa yang tahu. Betul tak? Mungkin ada setengah pesakit dia merasakan bahawa dirinya terlalu jijik sehinggakan seorang doktor pun menggunakan glove, walaupun hanya untuk melakukan rawatan asas.”, dia pun dah lakukan yang sama seperti aku.

“saya sedar akan perkara yang aunty cakapkan. Perkara asas yang saya akan lakukan apabila menemui pesakit saya yang melangkah memasuki bilik saya, saya akan menyalami pesakit itu dengan menggunakan glove. Eventhough pesakit yang hadir pada ketika itu adalah seorang perempuan Islam. Ketika saya menyalami pesakit itu, saya akan memberitahu bahawa saya menggunakan  glove  untuk menjaga kebersihan.

 Ya, memang saya akui menjadi seorang doktor saya akan menyentuh kulit bukan mahram saya, saya tau hukum yang jatuh ketika saya menemui pesakit adalah DARURAT, sebab itu saya dibenarkan menyentuh kulit mereka tetapi  di dalam konteks saya memakai glove adalah bertujuan untuk kebersihan. Walaupun hanya bersalam, kan sudah menjadi satu connection antara saya dan pesakit. Dan ketika itu, virus yang ada ditangan saya akan tersalur kepada pesakit itu.

Memang saya akan cuci tangan dahulu sebelum menemui pesakit. Tetapi saya tak boleh declare tangan saya bersih sentiasa. Mungkin sebelum saya menemui pesakit saya, saya ada terbersin atau terbatuk ataupun saya telah memegang benda lain yang terdapat virus dan bacteria. Jadi apabila saya menyentuh kulit pesakit itu virus ataupun bacteria akan tersalur kepada pesakit itu. Jadi secara tidak langsung, saya akan memperbanyakkan lagi sakit yang telah dihidapi oleh pesakit itu tadi”, jawabku tenang. Aku tahu satu permainan telah bermula.

“ok… apa pulak maksud kamu apabila kamu kata ‘dalam keadaan yang tak dapat dielakkan sahaja’?”, dia bertanya sebelum meneruskan makan ice-cream.

“analogi untuk ayat saya ucapkan tadi ialah, apabila saya sedang makan di restoran. Sudah pasti saya tidak membawa glove betul tak?  Tengah saya sedap makan. Tiba-tiba terdengar orang menjerit ‘tolong!tolong! Ada orang kena langgar!’ saya pun berjalan kearah orang yang menjerit tadi dan membantu dia. Perkara pertama yang saya lakukan, sudah pasti memeriksa nadi. Jadi ketika itulah saya akan menyentuh kulit orang lain yang bukan mahram. Itulah yang saya maksudkan dengan KEADAAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN”, jawabku sebelum menolak gelas desert yang dah licin ketepi.

“sebelum kamu melakukan sebuah operation kepada pesakit yang dalam keadaan 50-50. Apa yang akan kamu lakukan?”, tanya dia dan melakukan perkara yang sama sepertiku. Sebelum aku jawab soalan dia, sempat aku pandang orang lain yang macam dah tenggelam ke alam lain je. Dari tadi hanya aku ngan Tengku Azriana je yang bercakap. Aku tengok semua tengah makan dessert.

“sebelum saya melakukan operation, saya akan mengambil wudhuk dahulu, niat, membaca basmallah dan seterusnya menemui pesakit dan memintanya membuat wasiat.”

“maksud kamu dengan WASIAT? Tapi kenapa pulak kamu nak menyibuk dengan harta dia?”, tanya Tengku Azriana. aku yang mendengar senyum sahaja.

“maksud saya dengan wasiat di sini, bukan untuk harta tetapi amalan. Saya berani menyatakan dalam hidup seorang manusia biasa, sudah pasti sekali-sekala dia akan meninggalkan puasa. Jadi sudahkah dia ganti? Zakat pada tahun itu, sudahkah dia membayarnya? Haji pernahkah dia lakukan? Semua itu saya akan meminta pesakit memberitahu warisnya supaya mereka dapat menggantikan, sekiranya si pesakit ini mati ketika di dalam operation.”, jawabku sambil menyabung pandang dengan Tengku Azriana.

“sekiranya pesakit yang kamu rawati itu adalah seorang Islam, bagaimana kamu menjaganya?”, tanyanya sebelum minum air.

“ saya akan memberitahu dengan nurse yang menjaga mereka untuk mewudhukkan ataupun mentayamumkan pesakit itu supaya mereka boleh solat apabila masuknya waktu solat.”

“sekiranya pesakit itu koma?”

“saya akan meminta warisnya untuk mengajar si pesakit untuk solat. Mereka memang koma tetapi minda luar sedar mereka masih berfungsi. Sebelum saya meminta waris pesakit itu untuk mengajar, saya akan menilai dahulu adakah cukup syaratnya bagi pesakit itu untuk solat. Sekiranya dia dalam keadaan kotor kami akan membersihnya dahulu.”

“tidakkah kamu rasa apa yang kamu lakukan akan menyebabkan sesetengah orang ANNOYED?”, sengaja ditekankan perkataan annoyed tu.

“ya, saya akui. Ada setengah orang yang akan rasa annoyed tetapi saya tak kisah. Malah saya berasa puas kerana saya telah menjalankan tugas saya sebaiknya. Saya tak nak nanti apabila di akhirat kelak, saya akan ditanya kenapa saya tidak menjalankan tugas saya dengan amanah. Saya maksudkan dengan menjalankan tugas di sini kerana, yang menetukan pesakit ini dibenarkan untuk terkena air untuk wudhuk ataupun pesakit ini dibenarkan untuk berpuasa adalah saya. Saya taknak nanti ada orang yang menyalahkan saya kerana katanya saya tidak cakap pun bahawa mereka dibenarkan terkena air mahupun berpuasa.

 Saya taknak menggantungkan dosa mereka diatas bahu saya untuk saya pikul. Saya taknak nanti 4 orang lelaki ditarik memasuki neraka kerana saya. Siapa 4 orang lelaki itu? Mereka adalah suami, ayah, adik atau abang, dan anak lelaki saya. Sedangkan saya telah di didik dan saya telah menyertai satu forum akan apa yang perlu saya lakukan dan adab ketika saya merawati pesakit dan percayalah sebelum saya menjejakkan kaki ke dalam alam medik saya sudah tahu akan beban yang bakal saya pikul.”, jawabku. Aku perasan semua orang dah siap makan dan tolak pinggan ketepi. Aku pandang balik Tengku Azriana yang nampak macam berpuas hati. Ntah apa yang puas ntah. Dari tadi asyik tanya aku soalan je. Macam dalam interview pulak aku rasa.
*************

“Mai, sebenarnya tujuan aunty datang hari ni nak merisik dan meminang kamu. Aunty nak sangat Mai jadi menantu aunty. Aunty harap Mai terimalah pinangan aunty ni. Aunty dah terpikat nak bermenantukan Mai ni setelah aunty tanya banyak-banyak soalan tadi. Sebenarnya tadi aunty tanya soalan tu nak tau tahap mana agama Mai. Sorylah kalau Mai rasa annoyed”, Tengku Azriana memberitahuku setelah kami semua selesai makan malam. Dan setelah aku siap membasuh pinggan.

‘emm… patutlah tadi dia tanya aku banyak sangat soalan. Dahlah tanya macam detektif. Tanya pulak masa makan malam’, bisik hati kecilku.

“ tak pe aunty. Tapi aunty sebelum saya mengatakan terima atau tidak boleh saya tahu siapa anak lelaki aunty?”, tanyaku sopan.

“ni ha… sebelah aunty ni anak lelaki sulung aunty yang aunty nak satukan dengan kamu. Dia seorang je yang belum kahwin. Adik dia yang lagi dua orang dah kahwin. Umur dia baru 28. Tua 2 tahun je dari Mai. Namanya Tengku Haridz Hakkam.”, jawab Tengku Azriana sambil menuding jari kearah lelaki disebelah kiri dia.

‘oh… Tengku Haridz Hakkam nama dia. Tapi kenapa aku macam pernah dengar eh nama ni? Tengku Haridz Hakkam… Tengku Haridz Hakkam… Tengku Haridz Hakkam…’, bisik hatiku.

“ha!!! You Tengku Haridz Hakkam?”, tanyaku tiba-tiba sambil terus bangun dari kerusi yang aku duduki sambil menuding jari ke arah lelaki yang digelarkan sebagai Tengku Haridz Hakkam itu.

“haah…” jawab Tengku Haridz Hakkam perlahan.

“you existed? Biar betul !!!”, tanyaku lagi. Tapi kali ni dah duduk atas kerusi bila mummy dah tarik tangan aku untuk duduk.

“apa maksud Mai mengatakan anak aunty tak wujud?”, tanya Tengku Azriana pulak dengan dahi yang berkerut. ‘Ada ke dia kata anak aku tak wujud. Penat aku mengandungkan Ridz selama 9 bulan 10 hari, pastu jaga pulak dia selama 28 tahun tanpa henti. Boleh pulak budak ni cakap anak aku tak wujud’, gerutu Tengku Azriana dalam hati.

“err… takde papelah aunty. Saya terperanjat je tadi. Sorry for my bad behavior.”, kataku sambil menunduk. Malu woh… tiba-tiba menjerit. Boleh pulak kata anak orang tak wujud.

“emm… takpe. So Mai setuju tak?”, tanya Tengku Azriana. lembut pulak kali ni.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani, saya terima pinangan aunty.”, jawabku sambil menunduk.

“Alhamdulillah… lega aunty dengarnya. Sebenarnya aunty takdelah plan nak tunang kan kamu. Tapi apa pun ini cincin tanda. Dalam masa 3 minggu dari sekarang, kamu nikah.”, kata Tengku Azriana sambil menyerahkan kotak baldu warna biru kepada aku. Dalam masa yang sama Tengku Hanafi berjalan keluar untuk menelefon seseorang.

Aku yang dengar terkejut beruk jadinya. Biar betul dalam masa 3 minggu nikah. Mana aku nak cari baju, catering, jemput orang lagi. Aii… bakal mak mertua aku ni janganlah nak buat kerja gila…

“tapi Azi mana budak-budak ni cukup tangan nak buat semua benda”, mummy menyampuk.

“you jangan risaulah Maryam I tahulah nak buat macam mana. Mai, kamu tak payah nak buat apa-apa. Kamu tak payah nak risaukan pasal baju, catering dan sebagainya. Cuma esok aunty akan bagi kepada your mummy kad jemputan, nanti kamu edarkan. Ok?”, jawab Tengku Azriana bersemangat.

“Ha? Okey…”, jawabku perlahan. Sambil mengangguk lemah.

2 comments:

  1. "saya hanya akan sentuh jikalau saya tidak memakai glove" or "saya hanya akan sentuh jikalau saya memakai glove".... anyway storyline menarik!;)

    ReplyDelete
  2. bantailah... tapi cerita ni takkan lama... ada cite baru yang bakal berganti. character yang sama tapi characteristic yang berbeza.

    ReplyDelete