Monday, 21 November 2011

sedarlah wahai manusia


Mendidik seorang anak lelaki adalah lebih susah daripada mendidik seorang anak perempuan. Ini adalah kerana, anak lelaki itu yang akan menjadi pemimpin untuk sesebuah rumah tangga tersebut, tapi malangnya, kebanyakan umat Islam berfikir seperti seorang cina tanpa berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam yaitu mereka memikirkan mendapat seorang anak lelaki akan mendapat harta yang lebih besar, maknanya duit/hasil/pecahan daripada tanah tersebut akan mengayakan mereka dalam jangka masa yang pendek. Tetapi pernahkah mereka fikir bahwa mereka diberikan pecahan yang besar kerana mereka bertanggungjawab ke atas ibu bapanya, adik- beradiknya, serta saudara perempuannya?
Mereka bertanggungjawab ke atas ibu bapa dengan cara jikalau berlakunya sebarang penceraian/ perkahwinan lain maka anak sulong lelaki(yang sudah matang) sepatutnya diberitahu kerana anak itulah yang akan menggantikan/menggalas segala tanggungjawab bapanya, seperti mencari nafkah untuk keluarga dan sebagainya. Selain itu, jikalau adik-beradiknya(terutama perempuan) mengalami masalah, maka sebagai abang/adik, seharusnya menolong mereka yang termampu, tetapi jangan terlalu melulu mmenolong mereka, sehingga mereka memijak kepala kita, tetapi berpada-pada.  Jikalau, bapanya mempunyai adik-beradik perempuan/anak buah perempuan, jikalau mereka mempunyai masalah, bantulah mereka, kerana itulah kita diberikan pecahan yang besar ketika pengagihan harta.
Apakah yang dimaksudkan pula dengan pemimpin rumah tangga? Saudara seIslam sekalian, di sini apa yang dimaksudkan dengan pemimpin rumah tangga ialah seorang lelakilah yang menggalas tanggungjawab paling besar. Sebaik sahaja perkataan “SAH” terkeluar daripada mulut semua saksi pernikahan maka akan tergalaslah satu batu besar di bahu lelaki yang menyambut akad tersebut. Setelah terkeluarnya perkataan itu maka kini lelaki itu telah menjadi seorang suami dan jatuhlah semua amanah yang selama ini diperintahkan oleh ALLAH kepada ibu bapa seorang perempuan, kepada bahunya. Malangnya, mutakhir ini, ramai yang menganggap nikah kahwin sebagi satu perkara yang indah kerana selepas ini mereka akan mempunyai tempat untuk melampiaskan nafsu mereka, setelah bosan dengan seorang perempuan itu, maka dicari pengganti yang lain dan dijadikan isteri kedua, ketiga dan keempat, kerana mereka tahu, salah satu sunnah nabi ialah berpoligami(mempunyai lebih daripada satu isteri). Tetapi tahukah mereka bahawa setiap tindak-tanduk isteri mahupun anak mereka akan memberi kesan terhadap mereka?
Saudara seIslam sekalian, setiap tindak-tanduk isteri mahupun anak mereka akan mendatangkan dosa ataupun pahala dengan mudah. Jikalau, si isteri mereka tidak solat tanpa alasan yang kukuh maka si suami secara automatic akan mendapat dosa dahulu, setelah si suami mendapat dosa barulah giliran si isteri  untuk mendapat dosa.  Mengapakah si suami mendapat dosa sedangkan itulah adalah kesalahan si isteri? Mudah, jawapannya ialah kerana megapa kamu sebagai suami tidak menegur perbuatan isterimu? Sedangkan kamu tahu ketika itu sudah masuk waktu solat. Nampak? Bukan mudah menjadi seorang pemimpin.
Kenapa pula hanya lelaki yang menjadi pemimpin sedangkan ALLAH telah berfirman “sesungguhnya setiap manusia itu adalah seorang khalifah”? saya pasti anda pernah mendengar satu ayat yang biasa didengari terutamanya dari kaum lelaki. “Lelaki mempunyai 1 nafsu dan 9 kepala, manakala perempuan hanya mempunyai 1 kepala dan 9 nafsu”. Pasti anda pernah mendengarinya dan tidak mustahil juga anda pernah menggunakan perkataan itu. Tetapi benarkah anda sebenarnya memahami maksud ayat tersebut? Maksud ayat tersebut ialah seorang lelaki dipilih menjadi seorang pemimpin adalah kerana mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memiliki sesuatu perkara itu, tidak kira apapun yang berlaku pada dirinya, mempunyai 1 nafsu pula ialah mereka hanya akan memikirkan kehendak dirinya, mereka tidak akan peduli apa yang bakal berlaku pada orang lain, apa yang mereka tahu diri mereka lepas. Manakala seorang perempuan mempunyai 9 nafsu yaitu sebelum mereka melakukan sebarang tindakan, mereka akan memikirkan kesan yang bakal berlaku pada orang di sekeliling mereka, mempunyai 1 kepala pula ialah mereka sentiasa diganggu oleh masalah emosi maksudnya, mereka mudah terbawa-bawa oleh emosi/emotional.  Itu adalah sebab mengapa seorang perempuan tidak dipilih sebagai seorang pemimpin. Sebab itulah, perkataan yang biasa kita dengar ialah “we are leaving in a men’s world” yaitu kita tinggal dalam dunia lelaki, kerana tidak kira bagaimana kita berusaha sekalipun kita(perempuan) tidak akan dapat melepasi garisan pertama lelaki.
Tapi jangan ingat bahawa perempuan tiada kuasanya. Walaupun seorang perempuan sentiasa di amanahkan oleh ALLAH kepada ibu bapa, adik-beradik, saudara lelaki, mahupun suami, mereka masih mempunyai gelaran khalifah, kerana mereka masih lagi seorang manusia. Seorang perempuan yang sudah berkahwin, akan menjadi tunggak keluarga sementara suaminya akan menjadi pemimpin keluarga. Saudara sekalian, tanpa perempuan apalah ertinya sebuah kehidupan?

No comments:

Post a Comment