“kamu dari mana? balik rumah lambat, masuk rumah macam pencuri, terjengket-jengket. Pastu tayang peace dengan sengih… kamu kata tadi dalam masa 20 minit sampai rumah, ini dah 2 jam mummy tunggu kamu”, mummyku, puan Maryam dah bising.
“sorylah mummy, tadi memang Mai nak balik awal… dah siap kemas barang, nurse panggil, ada emergency…”, aku muncungkan bibir dan kelip mata banyak kali. Konon comellah…
“ dah… kamu tak payah nak buat muka yang tak seberapa nak comel tu. Jom, ikut mummy gi dining room, makan”, mummy dah tarik tangan aku.
Masuk je dining room, 4 mata terus tertumpu dekat aku. aku senyum jelah.
“salam tetamu tu…”, kata mummy yang dah duduk atas kerusi. Aku ikut jelah arahan mummy, tapi hanya seorang je yang aku boleh salam, sebab dia seorang je perempuan. Pastu aku salam pulak daddy. Aku duduk sebelah mummy.
Pergh… aroma chicken chop dalam pinggan aku… memang membuatkan aku terkecur liur. Makan western aku hari ni. Kitorang waktu dinner, jarang makan nasi. Kalau mummy rajin, baru mummy masak nasi, kan makan nasi perlu ada lauk, so banyak kerja. Kalau tak… western food jelah. Kalau mummy dah terlebih rajin, mummy masak pucuk ubi rebus dengan kuah kacang je. Sadiskan… makan pucuk ubi dengan kuah kacang je. Bila aku tanya mummy, takde lauk lain ke… jawab mummy, tak, hari ni semua orang diet. Alamatnya, malam tu aku kenalah jadi driver bapak aku, pergi beli makanan kat luar. Lapar… tapi kitorang pergi pun bila mummy dah tidur.
Aku apa lagi, baca doa, capai cutlery dan makan. Huh… lapar tak ingat dunia aku ni. Nilah yang terjadi sekiranya, kerja melebihi waktu. Tetamu yang ada, aku dah tak hiraukan. Tangan mummy yang dah siku aku melebihi 10 sekali pun aku tak hiraukan. habis ayam dengan French fries dalam pinggan aku, baru aku angkat muka. Aku amik serviette yang terbentang atas pehaku, lap mulut. Sekali lagi aku kena siku, aku terus pandang mummy. Mummy dah buat isyarat mata nak ajak aku pergi dapur. aku mula angkat pinggan tetamu, yang dah habis makan.
“ kamu dah berapa tahun tak makan?”, tanya mummy sebaik sahaja kaki kami masuk dapur. mummy dah menuju rak pinggan-mangkuk, nak ambil dulang.
“adalah dalam 60 tahun… kenapa?”, jawabku selamba. Tanganku ligat mencuci pinggan.
“o… 60 tahun, kenapa tak cakap 600 tahun je terus…”, mummy membalas geram. Penutup mint ice-cream mummy dah buka. Mummy capai ice-cream cup dan mula mengisinya dengan beberapa scoop.
“ tak cukup umurlah mummy, nak sampai 600 tahun. Firaun tu pun 500 tahun je dia hidup”, aku amik daun thyme yang ada dalam peti ais, nak buat hiasan atas ice-cream. Lalu berjalan ke arah mummy.
“tapi kalau dah lapar sangat pun, agak-agaklah makan. Ini tidak, makan sampai tak ingat dunia. Tunduk je, tak angkat-angkat kepala. Asyik potong ayam, masuk mulut. Potong ayam, masuk mulut. Sekali tercekik padan muka”, sambil membebel, sambil tu tangan mummy susun ice-cream cup atas dulang.
“eisy… mummy ni, ada ke doakan orang bukan-bukan. Buatnya terjadi. Naya je”, ujarku sambil mengangkat dulang nak bawak depan.
“mummy bukan mendoakan… tapi mummy menasihatkan”, mummy terus melangkah keluar dari dapur.
Aku pun menapak ke dining room. Aku hidangkan ice-cream dekat semua orang. Duduk balik sebelah mummy, capai sudu and makan. Daddy dengan mummy dah geleng kepala tengok anak tunggal dia yang melantak balik. Mana orang tak kata melantak? Orang lain baru sudu 2 kali, dia dah habis.
@@@@@@@@
“Mai, kamu ingat tak, yang kamu pernah kata, jodoh kamu, kamu nak mummy yang pilihkan?”, soal mummy tiba-tiba, masa aku tengah khusyuk mencuci pinggan.
“ ingat… kenapa mummy?”, soalku balik.
“kat depan tu, daddy dengan tetamu kita tu, tengah bincang nak jodohkan kamu. Harap kamu terimalah. Baik budaknya. Solat tak tinggal. Berkemampuan. dan sebagainya”, ayat biasa yang kita dengar kalau seorang ibu cuba untuk meyakinkan anaknya tentang menantu pilihannya.
“so… kat depan tu, orang tulah yang mummy pilih?”, tanyaku pada mummy. Tangan yang basah, aku lap pada kain.
“haah. Aristocrat lagi”, mummy dah mengusap si goldillocks. Kucing yang berbulu hitam dan putih plus golden.
“mummy yakin ke, dia boleh jadi imam Mai? Pemimpin Mai? Boleh melenturkan tulang rusuk yang bengkok tu kepada lurus dengan lembut?”, tanyaku pada mummy.
“mummy yakin”, jawab mummy penuh keyakinan.
“kalau mummy yakin, Mai ikut jelah”
“betul?”
“betul”
“ok… kalau macam tu, jom kita pergi depan”, ajak mummy sebelum menarik tangan aku kehadapan. Excited pulak mummy ni, macam dia pulak yang nak kahwin.
@@@@@@@@@@
“Azi… Mai setuju dengan rancangan kita”, kata mummy kepada Tengku Azriana. aku dah melabuhkan punggung aku atas sofa berangkai satu. Mummy pulak melabuhkan punggung sebelah daddy.
“Alhamdulillah… Mai setuju. Kalau macam tu bolehlah kita proceed rancangan kita ni?”, tanya Tengku Azriana pada mummy.
“wait… sebelum kita nak proceed to the plan, boleh saya tahu siapa lelaki yang bakal saya nikahi?”, tanyaku pada Tengku Azriana. Tengku Azriana hanya tersenyum.
“kalau Mai nak tahu, inilah lelaki yang bakal Mai nikahi. Tengku Haridz Hakkam Tengku Hanafi”, kata Tengku Azriana sambil menepuk belakang lelaki yang digelar sebagai Tengku Haridz Hakkam itu. Tengku Haridz Hakkam, mengangkat kepalanya, dan melemparkan senyum padaku.
“kau!!!”, spontan aku terjerit dan terbangun dari kerusi. Mummy dah tarik tangan aku suruh duduk balik.
“hello… Mai, do you still remember me?”, tanya Haridz padaku dengan suara yang control macho. Ikut hati, aku nak je sepak mamat ni.
“of course, I remember you. How can I forget. Aku tak sangka kau masih hidup ek…”, jawabku selamba. Mummy dah tepuk peha aku, suruh control mulut.
“obviously, I’m still alive. Or else I wouldn’t be here, sitting in front of you”, jawab Haridz sinis. Ai… mamat ni,kalau aku ikut hati, dah mati kau aku kerjakan. Cakap bahasa inggeris, macam asal dari UK je.
“ok… so Mai ingat lagi dekat Haridzkan? Then tadi pulak Mai kata, Mai setuju dengan rancangan mummy. Hence, kita procced plan yang dah lama dirancang. Besok mama akan text Mai, alamat butik pengantin. Mai datang eh, dalam pukul 5.30 ke yeh?”, tiba-tiba Tengku Azriana menyampuk.
“ok… tapi Tengku ada ke nombor phone saya?”, tanyaku pada Tengku Azriana.
“panggil mama sayang, tak lama lagi dalam masa 2 minggu, Mai akan jadi menantu mama. Mama adalah nombor Mai. Tadi mama dah mintak dari mummy. Nah cincin tanda Mai”, beritahu Tengku Azriana a.k.a mama sebelum menyerahkan bekas baldu warna merah. Advanced sungguh Tengku ni, aku belum nikah dengan anak dia, dia dah suruh aku panggil dia mama.
“ok…”, hanya tu je yang mampu aku cakap dan menerima cincin itu.